Berita Harian

11 maut, serangan anti-yahudi AS

Suspek berdepan 29 pertuduhan, boleh membawa hukuman mati

-

SPittsburg­h

eorang lelaki yang menyerbu rumah ibadat Yahudi ketika satu upacara menamakan bayi dan menembak mati 11 orang didakwa atas tuduhan membunuh, dalam serangan anti-yahudi terburuk di Amerika Syarikat (AS).

Suspek, dikenal pasti sebagai Robert Bowers, 46, dilaporkan menjerit ‘Semua Yahudi perlu mati’ ketika melepaskan tembakan ke arah kuil Yahudi Tree of Life ketika upacara Sabbath kelmarin sebelum berbalas tembakan dengan polis, dalam serangan yang turut mencederak­an enam lain.

Bowers ditahan dan dipindahka­n ke hospital sebelum didakwa pendakwa raya AS atas pembunuhan itu, termasuk 11 kesalahan menggunaka­n senjata api untuk melakukan pembunuhan manakala 11 pertuduhan mengganggu amalan agama mengakibat­kan kematian.

Presiden Donald Trump mengutuk ‘tindakan pembunuhan jahat besar-besaran’ sementara anak perempuann­ya, Ivanka, penganut Yahudi, mengisytih­arkan: “Amerika lebih kuat berbanding tindakan pentaksub dan antiYahudi.”

“Serangan jahat anti-yahudi ini adalah serangan ke atas semua kita. Kita perlu berdiri bersama saudara Yahudi untuk mengalahka­n anti-yahudi dan menghapusk­an perasaan benci,” kata Trump kepada penyokong dalam satu perhimpuna­n pilihan raya di Illinois yang menarik sorakan kuat apabila berikrar melaksanak­an hukuman mati untuk jenayah seperti itu.

Trump berkata, beliau akan berkunjung ke bandar ini, terletak di Pennsylvan­ia, di mana ratusan penduduk menghidupk­an lilin lewat kelmarin.

Beliau mengarahka­n semua bendera di Rumah Putih dan padang awam, pos tentera dan stesen tentera laut dikibarkan separuh tiang sehingga 31 Oktober ini untuk menandakan ‚perasaan hormat‘ kepada mangsa.

Stephen Weiss, 60, mendengar berpuluh tembakan dari arah lobi hadapan rumah ibadat itu.

“Kami mengadakan upacara dalam gereja apabila mendengar bunyi kuat. Saya sedar ia bunyi tembakan,” katanya kepada akhbar Tribune-review.

Trump dituduh hasut kebencian

Pihak berkuasa berkata, Bowers bersenjata­kan raifal dan sekurangku­rangnya tiga senapang apabila melepaskan tembakan sejurus jam 10 pagi waktu tempatan kelmarin.

Pengarah keselamata­n awam di sini, Wendell Hissrich, menyifatka­n tempat kejadian serangan sebagai ‚mengerikan.‘

“Satu daripada yang terburuk pernah saya lihat. Saya pernah terbabit nahas kapal terbang,” kata Hissrich, mengesahka­n 11 orang terbunuh, enam cedera. Tiada kanak-kanak antara mangsa yang maut.

“Kebencian Tiada Tempat Di sini,” tulis sepanduk berhampira­n bendera AS berbentuk hati, slogan sama diulangi dalam bahasa Hebrew dan Arab, bersama lilin dan sejambak bunga ros merah jambu serta teluki.

AS menyaksika­n peningkata­n mendadak insiden anti-yahudi, meningkat 57 peratus pada 2017 berbanding 2016 daripada 1,267 kepada 1,986 menurut Liga Antidefama­si (ADL), kumpulan hak asasi awam yang mengesan antiYahudi di AS sejak 1970-an.

ADL berkata, ia percaya insiden di sini adalah yang terburuk dalam sejarah AS.

Bowers, dikatakan Biro Siasatan Persekutua­n (FBI), tidak dikenali kalangan penguat kuasa undang-undang, adalah penulis anti-yahudi dalam talian, iaitu laman web Gab-com, di mana teori konspirasi adalah biasa.

Bowers berdepan 29 pertuduhan, dikatakan pihak berkuasa boleh membawa hukuman mati.

“Jenayah keganasan adalah berdasarka­n undang-undang hak awam persekutua­n melarang jenayah kebencian,” kata pendakwa raya AS dalam satu kenyataan.

Serangan kelmarin berlaku ketika kemuncak ketegangan, sehari selepas penyokong Trump dari Florida ditahan kerana menghantar peranti letupan kepada anggota Demokrat dan liberal, mencetuska­n kebimbanga­n sebelum pilihan raya 6 November ini. Trump dituduh menghasut kebencian dengan retorik berpecah belahnya. AFP

 ?? [ FOTO AFP ] ?? Pegawai polis berkawal di luar kuil Yahudi Tree of Life susulan insiden tembakan di premis terletak di Pittsburgh, Pennsylvan­ia.
[ FOTO AFP ] Pegawai polis berkawal di luar kuil Yahudi Tree of Life susulan insiden tembakan di premis terletak di Pittsburgh, Pennsylvan­ia.
 ??  ?? Robert Bowers
Robert Bowers

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia