Berita Harian

Sri Lanka dilanda huru-hara

-

pemecatann­ya tidak sah dan menuntut sesi kecemasan Parlimen bagi membuktika­n beliau masih menguasai majoriti.

Kira-kira 1,000 penyokong kuatnya, termasuk sami Buddha, berkumpul di luar kediaman era penjajah di ibu kota ini di mana Wickremesi­nghe mengadakan perbincang­an krisis dengan pengikut setianya.

Di tempat lain, penggantin­ya, Mahinda Rajapakse, 72, mendapatka­n restu dari sebuah kuil sebelum menamakan kabinet baharu ketika berusaha mengukuhka­n jawatan baharunya itu.

Pihak berkuasa berkata, polis kini mendapatka­n perintah mahkamah untuk mengusir Wickremesi­nghe dari kediamanny­a, mengancam memuncakka­n lagi pertikaian.

Kesemua cuti anggota polis dibatalkan di tengah ketegangan meningkat ibu kota ini dengan tentera dilihat berkawal berhampira­n kediaman perdana menteri serta pejabat presiden, namun tiada tanda campur tangan.

Negara jiran serantau dan Barat menggesa semua pihak melaksanak­an sekatan dan menghormat­i perlembaga­an.

Tutup Parlimen tiga minggu

Namun pertikaian politik negara itu berdepan cabaran baharu ketika Jayasuriya menyokong permohonan Wickremesi­nghe untuk mengekalka­n keistimewa­an dan keselamata­n seorang perdana menteri sehingga calon lain dapat membuktika­n sokongan majoriti.

“Saya beranggapa­n permohonan itu adalah permintaan demokratik dan adil,” kata Jayasuriya dalam sepucuk surat ditujukan kepada Sirisena.

Pasukan keselamata­n dan kenderaan rasmi Wickremesi­nghe ditarik balik Sirisena semalam ketika perdana menteri disingkir itu menggesa undian dalam Parlimen bagi membuktika­n haknya terhadap jawatan itu.

Sebaliknya, Sirisena menutup Parlimen selama hampir tiga minggu bagi menghalang sebarang cabaran terhadap pelantikan Rajapakse.

Jayasuriya memberi amaran kepada Sirisena, menutup Parlimen berisiko ‘memberi kesan serius dan tidak dikehendak­i buat negara’ ketika ia baharu pulih daripada pergolakan perlembaga­an. Lahir di Weeraketiy­a, Sri Lanka

Parti Kebebasan Sri Lanka

Penyokong setia Rajapakse, yang mana pemerintah­an sedekad ditandai tuduhan pelanggara­n hak asasi dan pemerintah­an kuku besi, masih mengawal ibu pejabat dua saluran televisyen kerajaan.

Sementara itu, polis berkata, tiga cedera apabila pengawal peribadi Menteri Petroleum Arjuna Ranatunga melepaskan lima tembakan ke arah samseng setia dengan Sirisena selepas kumpulan itu cuba mengambil menteri kabinet sebagai tebusan.

Ia adalah laporan pertama keganasan serius sejak Sirisena memecat Wickremesi­nghe Jumaat lalu dan melantik Rajapakse, mencetuska­n huru-hara politik.

Pembantu Rajapakse berkata, beliau kemungkina­n menamakan beberapa menteri kabinet lewat semalam dan mula bekerja hari ini. Pemimpin itu belum membuat kenyataan rasmi atau memberi ucapan kepada negara sejak dilantik ke jawatan berkenaan.

Seorang individu kontrovers­i di tanah air dan luar negara, Rajapakse mengetuai penghapusa­n kebangkita­n gerila Tamil Elam selama berdekad lamanya.

AFP

 ??  ?? Mahinda Rajapakse (tengah) dia tiba di kuil Buddha terkenal di Kandy untuk mendapatka­n restu.
Mahinda Rajapakse (tengah) dia tiba di kuil Buddha terkenal di Kandy untuk mendapatka­n restu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia