Berita Harian

Kaedah Mnemonik teknik mudah cipta rumus

-

Dari D23

Guru Sains Tahun Enam Sekolah Kebangsaan Taman Midah 2 (SKTM2), Encik Mohd Yusri Mat Yasin, berkata calon tidak boleh memandang ringan topik yang dipelajari ketika berada di Tahun Tiga memandangk­an tiga topik antara soalan yang popular dalam kertas Sains UPSR sejak tahun 2016 hingga yang terbaru tahun 2018.

“Sesetengah murid merasakan soalan kertas peperiksaa­n Sains hanya mengambil kira silibus yang diajar mulai Tahun Empat hingga Tahun Enam.

“Tanggapan itu adalah salah dan perlu diperbetul­kan kerana seperti kita sedia maklum Sains ialah mata pelajaran fakta dan semua jawapan adalah fakta serta tidak boleh ‘direka’ jawapannya,” katanya ketika ditemui di sini, baru-baru ini.

Encik Mohd Yusri berkata, pelbagai cara mengingati fakta Sains seperti Kaedah Mnemonik yang membawa maksud mencipta perkataan atau huruf untuk mengingat senarai atau beberapa perkara seperti tempat, fakta atau sesuatu kejadian.

Kaedah Mnemonik

“Antara contoh Kaedah Mnemonik yang boleh digunakan adalah ‘Emak Danish Suka Goreng Sayur’ untuk mengingat struktur gigi. Emak (Enamel), Danish (Dentin); Suka (Saraf); Goreng (Gusi) dan Sayur (Salur Darah).

“Selain itu, topik 11 Tahun Enam Sains, Buruj juga boleh menggunaka­n Kaedah Mnemonik seperti bila buruj dapat dilihat seperti

Pak Bidin Ajar Jun (Pari dan Biduk pada April sehingga Jun).

“Contoh lain, Shazlinda Jual Oren (Skorpio pada Jun sehingga Ogos),” katanya.

Ditanya mengenai persiapan yang boleh dilakukan oleh calon UPSR tahun hadapan, Encik Mohd Yusri berkata, murid Tahun 5 (tahun ini) perlu bersedia dengan melatih diri membuat latihan dan mengulang kaji formula atau fakta penting dalam mata pelajaran itu.

Kata kunci

“Sains memerlukan pengetahua­n fakta yang tepat, justeru murid perlu memahami kehendak soalan dan ada sesetengah soalan sudah pun menyediaka­n kata kunci jawapan dengan hanya memerlukan calon menulis semula pada kertas jawapan.

“Kertas 2 Sains menyediaka­n soalan lebih terbuka dengan pelbagai soalan Sains yang menguji pemikiran murid berbentuk kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT),” katanya

Selain itu, terdapat soalan yang meminta murid membuat soalan lakaran berlabel, jadual dan graf.

Kesimpulan­nya, penguasaan murid dalam mata pelajaran Sains juga boleh bermula dari rumah kerana Sains bertindak sebagai cabang ilmu sosial dalam kehidupan seharian manusia.

 ??  ?? Encik Mohd Yusri
Encik Mohd Yusri
 ??  ?? Selain pembelajar­an di sekolah, murid juga digalakkan menyertai program Sains di luar.
Selain pembelajar­an di sekolah, murid juga digalakkan menyertai program Sains di luar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia