Berita Harian

GUAN ENG BIDAS HADI TUDUHAN TAK BERMORAL

Susulan tindakan dedah surat rasmi permohonan bantuan kerajaan Kelantan

- Oleh Ahmad Suhael Adnan

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, hairan apabila dituduh tidak bermoral oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, hanya kerana menyatakan kebenaran berkaitan permohonan bantuan oleh kerajaan Kelantan.

Setiausaha Agung DAP itu secara sinis berkata, Hadi yang disifatkan­nya sebagai seorang memiliki ilmu agama yang tinggi, umpama menuduhnya melakukan dosa, semata-mata tidak puas hati rahsia kerajaan Kelantan memohon bantuan kewangan daripada Kerajaan Persekutua­n didedahkan.

“Kelmarin (Jumaat) saya tengok Presiden PAS, orang yang sangat tinggi agama, cakap saya tidak bermoral seolah-olah saya buat dosa apabila bercakap benar. Itu saya rasa satu ulasan politik. Tak perlulah nak mainkan sentimen dan fitnah yang jahat.

“Saya tak faham mengapa ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri, (Najib) cakap perkara yang sama, tiada pula dengar pemimpin PAS serang dia dan Hadi tak cakap pula Najib tak bermoral,” katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Biasa Negeri DAP Wilayah Persekutua­n 2018 di sini, semalam.

Jumaat lalu, Hadi dilaporkan berkata, tindakan Guan Eng mendedahka­n surat rasmi Kerajaan Kelantan memohon bantuan kewangan daripada Kerajaan Persekutua­n, sebagai tidak elok dan melanggar nilai moral.

Berdasarka­n surat itu, kerajaan Kelantan memohon wang penda- huluan RM97 juta pada Jun lalu, bagi menampung kekurangan tunai disebabkan perbelanja­an luar jangka.

Kenyataan dikecam PAS

Kontrovers­i itu bermula pada Selasa itu apabila Guan Eng membuat kenyataan di Dewan Rakyat dengan menyatakan kerajaan Kelantan tidak mampu membayar gaji kakitangan awam sehingga menyebabka­n beliau dikecam oleh pemimpin PAS.

Berikutan itu, Guan Eng yang kesal atas dakwaan beberapa pemimpin PAS Kelantan melabel beliau sebagai anti-melayu dan Islam, tampil dengan bukti, iaitu surat rasmi permohonan pinjaman daripada kerajaan PAS Kelantan.

Mengulas lanjut, Guan Eng berkata, beliau mendedahka­n surat rasmi permohonan bantuan itu selepas dicabar oleh beberapa pemimpin PAS bagi membuktika­n kebenaran bahawa kerajaan Kelantan tidak mampu membayar gaji kakitangan awam negeri itu.

“Bila saya kata kerajaan Kelantan tak mampu bayar gaji, mereka cabar saya tunjukkan bukti.

“Saya tunjuk bukti, tetapi itu pun salah juga. Buat salah, tak buat pun salah. Saya juga tak faham macam mana saya boleh dianggap antimelayu dan Islam.

“Rupanya apabila saya luluskan permohonan bantuan itu, pun dianggap anti-melayu dan Islam.

“Saya tetap luluskan walaupun kena maki hamun kerana saya tak mahu penjawat awam Kelantan tak ada gaji. Kita tak berdendam atau balas dendam,” katanya.

Bila saya kata kerajaan Kelantan tak mampu bayar gaji, mereka cabar saya tunjukkan bukti. Saya tunjuk bukti, tetapi itu pun salah juga. Buat salah, tak buat pun salah” Lim Guan Eng, Menteri Kewangan

 ??  ??
 ?? [FOTO ROSELA ISMAIL/BH] ?? Guan Eng menyampaik­an ucapan perasmian pada Konvensyen Biasa Negeri DAP Wilayah Persekutua­n 2018di Ibu Pejabat DAP, Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO ROSELA ISMAIL/BH] Guan Eng menyampaik­an ucapan perasmian pada Konvensyen Biasa Negeri DAP Wilayah Persekutua­n 2018di Ibu Pejabat DAP, Kuala Lumpur, semalam.
 ??  ?? Keratan akhbar BH 23 Oktober dan 25 Oktober lalu.
Keratan akhbar BH 23 Oktober dan 25 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia