Berita Harian

BAYI KOMA DIPUKUL PENGASUH SEBAB LEWAT DAPAT UPAH

Doktor dapati budak tidak diberi makan selama tiga minggu, lebam di kepala

- Oleh Ekhwan Haque Fazlul Haque

Seorang bayi lelaki berusia 14 bulan kini bertarung nyawa, selepas koma akibat dipukul dengan botol susu oleh pengasuhny­a, Khamis lalu, yang berang terhadap kelewatan ibu mangsa membayar upah jagaan.

Terdahulu dalam kejadian jam 8.35 pagi, pengasuh wanita berusia 23 tahun itu memaklumka­n bayi terbabit pucat selepas bermain, menerusi kiriman Whatsapp kepada ibu mangsa berumur 17 tahun.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superinten­dan Aidil Bolhassan, berkata ibu mangsa kemudian bergegas ke rumah suspek di Batu Kawa, namun terkejut apabila melihat anaknya itu tidak sedarkan diri lalu dikejarkan ke Unit Kecemasan, Hospital Umum Sarawak (HUS).

Kena sawan

“Pemeriksaa­n lanjut oleh doktor pada hari sama mendedahka­n mangsa dipercayai tidak diberi makan untuk tempoh tiga minggu menyebabka­nnya diserang sawan dan jangkitan kuman pada paru-paru, selain lebam di kepala tetapi tidak diketahui punca kecederaan itu.

“Ibu mangsa memaklumka­n menghantar anak ke rumah suspek pada 23 Oktober lalu dan tidak mengambiln­ya hingga hari kejadian.

“Mangsa diasuh suspek sejak tiga minggu lalu dengan tempoh biasa dari jam 8 pagi hingga 10.30 malam,” katanya ketika dihubungi.

Aidil berkata, susulan laporan dibuat ibu mangsa, anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan menahan suspek di rumahnya pada jam 2 petang Sabtu lalu.

Beliau berkata, hasil siasatan awal, suspek mengaku memukul kepala mangsa dengan botol susu kerana berang ibu bayi itu lewat membayar upah asuhannya.

“Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 31(1)a Akta Kanak-kanak 2001.

“Mangsa menerima rawatan lanjut dan memerlukan pemantauan rapi doktor,” katanya.

Pemeriksaa­n lanjut oleh doktor pada hari sama mendedahka­n mangsa dipercayai tidak diberi makan untuk tempoh tiga minggu menyebabka­nnya diserang sawan dan jangkitan kuman pada paru-paru, selain lebam di kepala tetapi tidak diketahui punca kecederaan itu” Aidil Bolhassan, Ketua Polis Daerah Padawan

 ?? [FOTO IHSAN PDRM] ?? Bayi didera pengasuh dirawat di Hospital Umum Sarawak di Batu Kawa.
[FOTO IHSAN PDRM] Bayi didera pengasuh dirawat di Hospital Umum Sarawak di Batu Kawa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia