Berita Harian

BERSATU TUTUP PINTU BUAT NAJIB, ZAHID, NAZRI, AZEEZ JADI AHLI

Parti lakukan saringan pastikan terus relevan, berintegri­ti,

- Oleh Aizat Sharif dan Siti Nur Mas Erah Amran

Empat pemimpin UMNO tidak akan dipertimba­ngkan untuk diterima menjadi ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) jika mereka berhasrat menyertai parti itu.

Mereka ialah bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Ahli Parlimen Pekan; bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Bagan Datuk); bekas Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz (Padang Rengas) dan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (Baling).

Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata walaupun Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan kesediaan untuk menerima sesiapa saja yang berminat menyertai parti itu, mereka perlu memenuhi beberapa syarat tertentu.

“Kita tidak terlalu terbuka sehingga individu seperti Ahli Parlimen Pekan, Bagan Datuk, Baling dan Padang Rengas nak masuk. Itu tak bolehlah dan tak payahlah kerana mereka ini dalam senarai yang tidak akan kami pertimbang­kan.

“Bagi yang lain (Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) jika berminat untuk menyertai kita, amat dialualuka­n dengan syarat meninggalk­an amalan tidak baik ketika berada dalam UMNO dan mendukung budaya politik baharu mengikut Pakatan Harapan (PH), terutama BERSATU,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kedah bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyerahan jersi kepada Pasukan Bola Sepak Wanita Kedah di Wisma Darul Aman di sini, semalam.

Ketika ini, BERSATU mempunyai 14 Ahli Parlimen, termasuk Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed, yang juga bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, yang menyertai parti itu Jumaat lalu.

Sabtu lalu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU, Datuk A Kadir Jasin, pula menyatakan 40 Ahli Parlimen UMNO sedang membuat pertimbang­an dengan teliti untuk menyertai BERSATU.

Mukhriz berkata, bagi memastikan BERSATU terus berintegri­ti dan relevan, pihaknya melakukan saringan ke atas individu yang menyertai parti itu.

“Kita masih mengekalka­n keterbukaa­n untuk menerima ahli baharu, termasuk Ahli Parlimen dan ADUN, namun masih bersyarat kerana kita juga akan meneliti terlebih menerusi saringan yang dilakukan.

“Seperti juga Mustapa, kita melihatnya seorang teknokrat terkenal, berwibawa dan profesiona­l di mana saya sendiri pernah berkhidmat sebagai timbalanny­a (Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri). Saya tahu cara kerjanya dan tanpa berfikir panjang, kami menerima permohonan­nya menjadi ahli BERSATU,” katanya.

Ramai YB UMNO dilamar sertai BERSATU Kuala Lumpur,

Di Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa mengakui ramai Ahli Parlimen UMNO dilamar menyertai BERSATU.

Katanya, lamaran itu datang daripada pihak tertentu, bertujuan memperkuku­hkan kedudukan BERSATU.

“Ada pemimpin dilamar secara terus, ada melalui perantaraa­n, ada yang dipanggil untuk berunding dan ada yang datang walaupun tidak dijemput.

“BERSATU perlukan lebih ramai wakil rakyat dan mereka nak ‘pinjam’ daripada Barisan Nasional (BN), macam pemain import.

“Kita bukannya tidak pertimbang­kan perkara itu, tetapi kita juga ada tanggungja­wab lebih besar kerana kita menang atas tiket BN,” katanya kepada media di lobi Parlimen, semalam.

Annuar berkata, kenyataan Kadir itu perlu dipandang dari dua sudut, sama ada sisi ahli politik atau wartawan, walaupun kenyataan berkenaan lebih cenderung sebagai ahli politik.

“Beliau sedang belajar untuk menjadi orang politik, jadi kita fahamlah. Kalau sudah 40 (Ahli Parlimen), tinggal baki lapan atau sembilan sahaja, kenapa tak ambil semua. Saya tak dilamar sesiapa, sebab saham saya tak tinggi,” katanya.

Kita masih kekalkan keterbukaa­n untuk menerima ahli baharu, termasuk Ahli Parlimen dan ADUN, namun masih bersyarat kerana kita juga akan meneliti terlebih menerusi saringan yang dilakukan” Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden BERSATU

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia