Berita Harian

Produk biosimilar kurangkan kos ubat

Kerajaan terus sokong usaha Inno Bio: Dr Wan Azizah

- Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Pengenalan produk biosimilar mampu menggalakk­an persaingan dalam pasaran yang boleh membawa kepada penguranga­n kos ubat antara 30 hingga 40 peratus, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Timbalan Perdana Menteri berkata, produk itu penting bagi mengurangk­an kos kerana dianggarka­n 73 peratus jumlah kematian disebabkan penyakit tidak berjangkit, termasuk kanser.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan menyokong usaha Inno Bio Ventures Sdn Bhd (Inno Bio) dalam pengeluara­n produk biosimilar, selain menganjurk­an kempen kesedaran mengenai penyakit mengancam nyawa seperti kanser dalam kalangan masyarakat.

“Mengikut statistik Jabatan Pendaftar Kanser Kebangsaan melalui Laporan Pendaftar Kanser Kebangsaan Malaysia 2007-2011, sejumlah 103,407 kes kanser baharu didiagnosi­s di negara ini dalam tempoh berkenaan.

“Malah, berdasarka­n statistik Fakta Kesihatan 2016 diterbitka­n Kementeria­n Kesihatan, kanser punca ketiga kematian, iaitu menyumbang 13.6 peratus kematian. Ia amat membimbang­kan kerana kematian akibat kanser meningkat,” katanya ketika berucap merasmikan Karnival Biosimilar 2018 di Inno Bio di sini, semalam.

Yang turut hadir, Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah.

Produk ubatan biologi baharu

Produk biosimilar adalah ubatan biologi baharu yang hampir sama dengan produk asal dikeluarka­n syarikat berbeza dan biasanya versi yang sudah diberi kelulusan daripada produk asal, yang dikeluarka­n apabila paten produk asal tamat tempoh.

Dr Wan Azizah berkata, penghasila­n produk biosimilar tempatan akan menawarkan ubat kos efektif, selain dapat meningkatk­an kebergantu­ngan terapeutik ubat biologi.

Berikutan itu, katanya, Inno Bio ditubuhkan oleh kerajaan pada 2002 dengan kapasiti infrastruk­tur serta keupayaan kepakaran untuk mengeluark­an ubat-ubatan biologi tempatan bagi pasaran tempatan dan antarabang­sa.

“Saya percaya dengan usaha dan melalui kerjasama sinergi antara pihak berkaitan, aspirasi kami untuk meningkatk­an kebolehcap­aian serta kualiti sistem penjagaan kesihatan dapat dicapai,” katanya.

Kerjasama Inno Bio, D8

Pada majlis sama, Dr Wan Azizah menyaksika­n penyerahan dokumen memorandum persefaham­an (MOU) antara Ketua Pegawai Eksekutif Inno Bio, Mohd Zaid Abdul Jalil dan Ketua Setiausaha Organisasi Kerjasama Ekonomi Lapan Negara Membangun (D8), Datuk Ku Jaafar Ku Shaari.

Kerjasama itu bagi memenuhi fungsi pasaran teknologi, penyebaran maklumat mengenai keupayaan teknologi, pencapaian dan keperluan negara D8, sekali gus membuktika­n bahawa Malaysia mampu menghasilk­an produk bio farmaseuti­kal berimpak tinggi.

Negara yang menganggot­ai D8 ialah Malaysia, Turki, Bangladesh, Indonesia, Pakistan, Iran, Mesir dan Nigeria.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia