Berita Harian

Penguatkua­saan kapit kenderaan, pengendali swasta diselaras

-

Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyelaras­kan aktiviti penguatkua­saan kapit tayar kenderaan dengan pengendali swasta yang dilantik bermula 1 November ini.

Menteri Wilayah, Khalid Abd Samad, berkata ia bagi mengelak konflik antara penguat kuasa dengan warga kota yang beranggapa­n tindakan itu sebagai mengaut keuntungan.

“Penguatkua­saan kapit tayar kenderaan bukan aktiviti komersial, tetapi untuk menjaga keselesaan warga kota.

“Ada entiti yang melihatnya sebagai aktiviti komersial, silap sikit clamp untuk capai Indeks Prestasi Utama (KPI). Inilah yang menimbulka­n konflik.

“Oleh itu, kita kena selaraskan dengan operator dari sudut prosedur operasi standard (SOP) agar penguatkua­saan dijalankan dengan bertanggun­gjawab dan telus,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Sejarah Kuala Lumpur: Kuala Lumpur Dari Persepktif Warisan, Sejarah dan Budaya di sini, semalam.

Serah kontrak kepada YWP

Khalid berkata demikian sebagai mengulas laporan yang menyatakan Nor Hisham mengeluark­an arahan menghentik­an arahan kapit tayar di ibu kota bermula bulan depan, namun difahamkan kontrak berkenaan diserahkan kepada Yayasan Wilayah Persekutua­n (YWP).

Yayasan itu kemudian menyerahka­n tugas penguatkua­saan peraturan berkenaan kepada Vista Summerose.

Khalid berkata, DBKL mempunyai perjanjian dengan pengendali yang dilantik, namun keutamaan adalah keselesaan warga kota.

Dalam pada itu, DBKL juga sedang menaik taraf sistem pembayaran kompaun secara dalam talian.

Nor Hisham berkata, ini berikutan masalah sistem yang dialami ketika DBKL menawarkan diskaun kompaun baru-baru ini.

“Ramai yang nak bayar tapi barisan panjang benar dan sistem pula tidak bersedia lagi bagi kompaun yang lama sebab database tidak ada sistem itu.

“Jadi kita akan set up sistem dan buat tawaran pada masa depan di mana kita harap, orang ramai akan bayar melalui dalam talian,” katanya.

Kita kena selaraskan dengan operator dari sudut prosedur operasi standard (SOP) agar penguatkua­saan dijalankan dengan bertanggun­gjawab dan telus” Khalid Abd Samad, Menteri Wilayah

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia