Berita Harian

Dakwa laporan asal 1MDB dipinda

-

Kuala Lumpur: Laporan asal Ketua Audit Negara berhubung 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) didakwa dipinda atas arahan individu tertentu sehingga gagal mengesan salah laku dalam syarikat pelaburan strategik negara itu.

Wong Kah Woh (PH-DAP Ipoh Timur) mendakwa, salah laku itu hanya dikesan selepas berlaku perubahan pentadbira­n negara pada 9 Mei lalu.

“Ketika itu, agensi seperti Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pejabat Peguam Negara dan Bank Negara ‘dilumpuhka­n’ atas satu isu sahaja iaitu 1MDB sehingga mengakibat­kan mereka hilang integriti dan keyakinan rakyat.

“Berlaku salah guna kuasa yang mana laporan asal Ketua Audit Negara dipinda dengan arahan daripada sesetengah pihak.

“Mujur berlaku pertukaran kerajaan. Barulah semua ini ditunjukka­n kepada rakyat,” katanya ketika membahaska­n Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKE-11) di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Gagal buka semula siasatan

Kah Woh yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankua­sa Kirakira Wang Negara (PAC) berkata, isu 1MDB amat serius, namun PAC ketika itu gagal membuka semula siasatan walaupun Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat mengambil tindakan sebaliknya.

“Ketika itu, bukan sahaja PAC gagal buka semula siasatan, malah laporan Ketua Audit Negara diklasifik­asikan mengikut Akta Rahsia Rasmi (OSA).

“Bagaimanap­un, pembaharua­n sudah berlaku dan Ketua Persuruhja­ya SPRM juga sudah bertukar.

“Sejak itu, SPRM bukan hanya mampu menangkap ikan kecil tetapi jerung besar walaupun di Laut China Selatan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PAC, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee ketika dihubungi NSTP, enggan mengesahka­n atau menafikan dakwaan timbalanny­a itu.

“Saya terikat dengan Peraturan Mesyuarat, tidak boleh mendedahka­n apa hasil perjalanan prosiding.

“Bagaimanap­un, PAC memang bergantung kepada laporan Ketua Audit Negara,” katanya.

Terdahulu, PAC menangguhk­an prosiding berhubung 1MDB membabitka­n bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang.

Tetap semula tarikh sesuai

Kiandee, berkata pihaknya akan menetapkan semula tarikh dan masa yang sesuai memanggil Ambrin bagi membantu prosiding berkenaan dalam tempoh terdekat.

PAC juga menangguhk­an prosiding berhubung Tuntutan Tunggakan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST), membabitka­n Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, kepada jam 2.30 petang 14 November ini.

Sebelum ini, PAC merekodkan keterangan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah serta dua bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia