Berita Harian

Status LPT3 diketahui Jumaat ini

Pelaksanaa­n projek turut tertakluk kepada bajet: Baru

- Oleh Nor Afzan Mohamad Yusof

Keputusan pelaksanaa­n projek Lebuh Raya Pantai Timur 3 (LPT3) masih pada peringkat kajian dan hanya diketahui dalam Bajet 2019 yang dibentangk­an Jumaat ini.

Menteri Kerja Raya, Baru Bian, berkata pelaksanaa­n projek itu turut tertakluk kepada bajet kerana pembinaann­ya yang akan diluluskan kelak bergantung kepada keutamaan kerajaan.

“Kita perlu ikut kewangan negara kerana pelaksanaa­n projek dibuat mengikut keutamaan. Jadi, kita perlu mendapatka­n persetujua­n dan keputusan Kabinet serta agensi di bawah Kerajaan Pusat sebelum membuat sebarang keputusan berhubung LPT3,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pameran dan Persidanga­n Jalan Raya Malaysia Ke-10, di sini, semalam.

Utamakan projek kritikal

Projek LPT3 sepanjang 147 kilometer itu antara manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) yang akan dibina melalui tiga daerah di Terengganu iaitu Kuala Terengganu, Setiu dan Besut serta enam daerah di Kelantan iaitu Pasir Puteh, Bachok, Kota Bharu, Pasir Mas dan Kuala Krai.

Mengulas Bajet 2019 yang akan dibentangk­an Jumaat ini, Baru berkata, pihaknya berharap memperoleh peruntukan lebih banyak, berikutan kerja pembinaan infrastruk­tur dan penyelengg­araan tidak pernah berhenti.

Beliau berkata, biasanya kementeria­n memperoleh bajet sebanyak RM2 bilion dan sesuai dengan ekonomi semasa, beliau berharap kali ini mendapat peruntukan lebih lagi.

“Kami mengutamak­an projek kritikal seperti penyelengg­araan dan infrastruk­tur serta berharap bajet kali ini meningkat kerana kos penyelengg­aran jalan saja membabitka­n peruntukan 30 peratus,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia