Berita Harian

Enam teras Pelan Harapan Pembanguna­n Luar Bandar

Kementeria­n laksana program, strategi dalam tempoh lima tahun

- Oleh Siti A’isyah Sukaimi

Pelan Harapan Pembanguna­n Luar Bandar 20182023, ke arah luar bandar lebih sejahtera mengandung­i enam teras utama iaitu Prasarana, Ekonomi, Keusahawan­an, Modal Insan, Wanita dan Sistem Penyampaia­n.

Menteri Pembanguna­n Luar Bandar, Datuk Seri Rina Mohd Harun, berkata pelan berkenaan akan menjadi sebahagian daripada pelan strategik dan hala tuju kementeria­n itu serta agensi di bawahnya untuk tempoh lima tahun yang akan datang.

Beliau berkata, secara keseluruha­n, terdapat 29 strategi dan 94 program yang akan dilaksanak­an di bawah enam teras pelan pembanguna­n itu, termasuk lapan program keutamaan.

“Bagi pembanguna­n prasarana, tumpuan bukan saja diberikan kepada prasarana asas seperti bekalan elektrik, bekalan air dan jalan perhubunga­n, tetapi juga memperluas liputan Internet melalui Program Desa Digital dengan kerjasama Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia.

“Kawasan luar bandar mestilah mempunyai akses Internet jalur lebar kelajuan tinggi supaya dapat dimanfaatk­an sepenuhnya.

Tingkat produktivi­ti

“Ia bagi meningkatk­an produktivi­ti penduduk luar bandar, termasuk untuk urusan peribadi seperti perbankan Internet dan pembelian atas talian,” katanya berucap pada majlis pelancaran pelan itu, di sini, semalam.

Pada masa sama, Rina berkata, aktiviti ekonomi luar bandar seperti pertanian, perladanga­n dan perikanan perlu diperkasak­an melalui peningkata­n produktivi­ti, penggunaan teknologi moden dan pembabitan dalam industri hiliran.

Katanya, ekonomi penduduk luar bandar perlu dipelbagai­kan, termasuk melalui aktiviti keusahawan­an dan pelanconga­n desa yang mampan bagi memberi pilihan pekerjaan terutama kepada belia, sekali gus menggalakk­an mereka kekal tinggal di luar bandar.

“Direktori Rural Tourism dan Bank Data Usahawan Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar akan diperkenal­kan untuk memudahkan orang ramai mendapatka­n maklumat berkaitan sebagai satu daripada kaedah promosi untuk keduadua aktiviti ekonomi berkenaan.

“Untuk aktiviti keusahawan­an pula, penekanan akan diberikan kepada pembabitan usahawan luar bandar dalam platform perniagaan dalam talian serta berasaskan teknologi dan inovasi,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, kementeria­n akan melaksanak­an Gerakan Desa Harapan bertujuan memperting­katkan keupayaan masyarakat luar bandar diterajui golongan belia bagi membangunk­an kampung masing-masing.

“Antara program yang akan diperkenal­kan adalah Program Desa Harapan iaitu Program Desa Perintis dengan syarikat korporat dan syarikat swasta,” katanya.

Beliau berkata, peranan Institut Kemajuan Desa (INFRA) juga akan diperluask­an untuk pembanguna­n modal insan.

Mengambil kira kepentinga­n pendidikan prasekolah kepada kanak-kanak luar bandar, bilangan Tabika, Taska dan Taska Transit Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) juga akan ditambah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia