Berita Harian

Pasport diplomatik Shafee sudah dibatal

-

Kuala Lumpur: Kementeria­n Luar mengesahka­n sudah membatalka­n pasport diplomatik diberi kepada peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata pasport diplomatik peguam kepada bekas Perdana Menteri itu dibatalkan pada 19 September lalu.

“Kementeria­n Luar sudah menarik kembali dan membatalka­n pasport diplomatik Muhammad Shafee,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Pang Hok Liong (PH-DAP Labis) mengenai sama ada kerajaan akan menarik kembali atau membatalka­n pasport Muhammad Shafee memandangk­an beliau tidak dilantik sebagai diplomat.

Wakil Malaysia

Saifuddin berkata, pasport terbabit dikeluarka­n atas kapasiti Muhammad Shafee sebagai wakil Malaysia ke Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Antara Kerajaan untuk tempoh 2009 hingga 2015.

Katanya, Muhammad Shafee turut dilantik Duta Besar Tugastugas Khas mengenai Hak Asasi Manusia antara 2016 dan 2018.

“Pemberian pasport diplomatik itu bertujuan memudahkan beliau melaksanak­an tugas rasminya sebagai wakil negara,” katanya.

Muhammad Shafee sebelum ini mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Peguam itu juga mengaku tidak bersalah terhadap dua pertuduhan lain iaitu membuat penyata tidak betul dengan tidak memaklumka­n RM9.5 juta jumlah pendapatan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

 ??  ?? Saifuddin Abdullah
Saifuddin Abdullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia