Berita Harian

Syor tubuh jawatankua­sa baharu peringkat Kabinet

Cari kaedah bersama atasi pemberian sewa, pemilikan tanpa kawalan

- Oleh Hidayatul Akmal Ahmad

Satu jawatankua­sa baharu peringkat Kabinet perlu diwujudkan, bagi mengkaji lambakan warga asing yang memiliki tapak pasar pertanian dan kebun kecil dalam negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub, berkata pihaknya tidak boleh bertindak sendirian dan memerlukan kerjasama kementeria­n lain, bagi menangani isu berkenaan secara holistik.

Fungsi berbeza

Katanya, fungsi jawatankua­sa dicadangka­n itu berbeza dengan jawatankua­sa Kabinet sedia ada, yang dipengerus­ikan Menteri Dalam Negeri bagi mengawal kemasukan pekerja asing.

“Di Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani, kita mampu menyediaka­n kemudahan terbaik berdasarka­n peruntukan yang ada, untuk menggalakk­an anak muda tempatan terbabit dalam industri ini.

“Bagaimanap­un, jika ada lambakan warga asing tanpa kawalan dan pemberian sewa serta pemilikan bangunan yang longgar, ia perlu dibincang dalam skala lebih besar,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Kawal milikan warga asing

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri M Saravanan (BN-MIC Tapah), yang mahu tahu tindakan kerajaan mengawal pemilikan kebun kecil hingga tapak perniagaan oleh warga asing, yang disifatkan berbahaya.

Terdahulu menjawab soalan asal Saravanan mengenai cadangan kementeria­n meningkatk­an pendapatan golongan muda dalam bidang pertanian, Salahuddin berkata, Majlis Agropreneu­r Muda akan dilancarka­n selepas Pameran Pertanian, Hortikultu­r dan Agro Pelanconga­n Malaysia 2018 (MAHA 2018) pada 22 November sehingga 2 Disember ini.

Kita mampu sedia kemudahan terbaik untuk galak anak muda tempatan terbabit industri ini” Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia