Berita Harian

Tiada rakyat Malaysia terbabit nahas pesawat Lion Air

-

Putrajaya: Kementeria­n Luar mengesahka­n setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam nahas pesawat Lion Air JT-610 yang terhempas di perairan Karawang, utara Pulau Jawa, Indonesia, semalam.

Menerusi satu kenyataan, Kementeria­n Luar memaklumka­n Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sudah menghubung­i pihak berkuasa tempatan, bagi mendapatka­n butiran terperinci mangsa terbabit dalam insiden itu.

Terhempas di perairan Karawang

“Berdasarka­n maklumat diperoleh daripada Kerajaan Indonesia, pesawat Lion Air JT-610 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Soekarno-hatta, Jakarta pada jam 6.20 pagi waktu Indonesia Barat (WIB), terhempas di perairan Karawang, utara Pulau Jawa selepas 15 minit berlepas, tetapi ia tidak membabitka­n rakyat Malaysia.

“Pihak kedutaan akan terus berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan, bagi memantau perkembang­an terkini.

“Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau maklumat lanjut mengenai kejadian ini boleh menghubung­i pihak kedutaan menerusi e-mel mwjakarta@kln.gov.my/jkonsular@gmail.com atau nombor telefon +6221522494­7 dan +6281380813­036 (whatsapp),” katanya.

Menurut kenyataan itu, pesawat jenis Boeing 737-800 itu membawa 188 penumpang termasuk seorang kanak-kanak, dua bayi serta tujuh kru, dalam penerbanga­n dari Jakarta ke Pangkal Pinang, Kepulauan Bangka Belitung.

“Usaha mencari dan menyelamat masih giat dilaksanak­an oleh pasukan Search and Rescue (SAR) Indonesia di lokasi kejadian,” katanya.

 ?? [FOTO REUTERS] ?? Pasukan SAR Indonesia menyusun serpihan pesawat dalam operasi di perairan Karawang, utara Pulau Jawa, semalam.
[FOTO REUTERS] Pasukan SAR Indonesia menyusun serpihan pesawat dalam operasi di perairan Karawang, utara Pulau Jawa, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia