Berita Harian

Tabung Harapan ditutup 31 Disember

-

Putrajaya: Mesyuarat Jemaah Menteri bersetuju menutup Akaun Amanah Tabung Harapan Malaysia (THM) pada 31 Disember ini, selepas tujuh bulan ditubuhkan.

Susulan itu, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata Jabatan Audit Negara akan mengaudit Penyata Terimaan dan Bayaran THM, bagi memastikan pengurusan tabung dibuat secara teratur dan berintegri­ti.

“Pelantikan firma audit luaran oleh Kementeria­n Kewangan bagi mengaudit akaun THM juga dibuat selaras Seksyen 7 Akta Audit 1957.

Lantik firma audit

“THM membabitka­n dana disumbang rakyat untuk membayar hutang negara yang mencecah RM1 trilion, ekoran skandal 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan kerajaan komited terus telus dengan setiap sen diterima,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Guan Eng berkata, jumlah terkumpul THM sehingga jam 3 petang semalam sebanyak RM196.3 juta merangkumi sumbangan diterima daripada individu, organisasi atau badan serta faedah daripada pelaburan simpanan tetap ditadbir Jabatan Akauntan Negara.

“Kami juga mengucapka­n penghargaa­n kepada Yang dipertuan Agong, Sultan Muhammad V atas sumbangan baginda kepada THM,” katanya.

Simbol patriotism­e rakyat

Beliau berkata, walaupun jumlah disumbang rakyat Malaysia daripada hasil titik peluh mereka masih tidak boleh dibanding dengan hutang RM1 trilion diwarisi kerajaan Pakatan Harapan (PH) akibat skandal kewangan seperti 1MDB, THM akan kekal menjadi simbol semangat taat setia dan patriotism­e rakyat Malaysia untuk melangsaik­an hutang negara.

“Sejak penubuhann­ya, masyarakat memberikan sumbangan melalui pelbagai kaedah sebagai menzahirka­n solidariti rakyat bersama kerajaan, memastikan kedudukan kewangan negara bertambah baik.

“Keikhlasan kerajaan memastikan sumbangan THM berdasarka­n keprihatin­an ke- pada situasi hutang negara, dicerminka­n dengan penolakan tawaran sebuah syarikat negara asing menderma RM100 juta kerana disyaki ada niat tertentu di sebalik sumbangan itu,” katanya.

THM ditubuhkan Kerajaan PH pada 30 Mei lalu untuk menerima dan memperakau­nkan wang derma, serta sumbangan individu dan syarikat bagi membantu kerajaan menangani isu hutang negara.

Selaras perkara itu, mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Mei lalu bersetuju penubuhan THM mengikut peruntukan subseksyen 9(1), Akta Tatacara Kewangan 1957 (Akta 61).

Guan Eng berkata, rakyat Malaysia yang ingin menderma boleh melakukann­ya sebelum 31 Disember ini.

 ??  ?? Keratan akhbar BH 12 Julai lalu.
Keratan akhbar BH 12 Julai lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia