Berita Harian

Utamakan 3 sektor penting

Kesihatan, pendidikan, pertahanan jadi komitmen kerajaan tingkat kesejahter­aan rakyat

- Oleh Zanariah Abd Mutalib dan Hashini Kavishtri Kannan

Bajet 2019 yang akan dibentangk­an pada 2 November ini perlu terus memberi keutamaan kepada tiga sektor penting, iaitu kesihatan, pendidikan dan pertahanan demi kesejahter­aan rakyat serta keselamata­n negara.

Selain itu, bajet itu juga perlu menggarisk­an langkah proaktif untuk menambah pendapatan negara, termasuk melalui pengenalan cukai tidak langsung dan mengurangk­an perbelanja­an sektor tertentu yang dilihat tidak memberi kesan besar kepada rakyat serta tidak merencat pertumbuha­n ekonomi negara.

Ahli Jawatankua­sa Kluster Ekonomi dan Pengurusan Majlis Profesor Negara (MPN), Datuk Prof Dr Mustafa Mohd Hanefah, berkata walaupun kerajaan Pakatan Harapan (PH) sentiasa menyatakan komitmen mengurangk­an perbelanja­an, namun tiga sektor utama itu perlu dipertimba­ngkan mendapat pertambaha­n peruntukan.

“Kerajaan perlu melihat sektor perlu dikurangka­n perbelanja­an, namun jangan pula membabitka­n sektor seperti kesihatan yang perlu ditingkatk­an peruntukan­nya lebih daripada tahun sebelumnya.

“Ketika ini, peruntukan sektor kesihatan kurang dua peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan peruntukan bagi sektor itu perlu pada tahap tujuh peratus.

“Mungkin bajet kali ini, kerajaan boleh menambah peruntukan sektor itu kepada tiga atau 3.5 peratus bagi memastikan perkhidmat­an kesihatan awam lebih baik dapat dinikmati rakyat,” katanya dalam temubual bersama NSTP, barubaru ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye berkata, kementeria­n itu memohon peruntukan RM30 bilion dalam Bajet 2019, iaitu 2.01 daripada anggaran KDNK 2019, berbanding RM26.58 bilion pada tahun ini.

Perkenal cukai tidak langsung

Mustafa yang juga pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata, sektor pendidikan juga amat penting bagi melahirkan modal insan berilmu dan berkemahir­an, justeru peruntukan­nya tidak boleh dikurangka­n sama ada pada peringkat sekolah atau universiti supaya mampu memberi impak positif pada masa depan.

“Sektor pertahanan juga penting kerana negara memerlukan mekanisme pertahanan dan peralatan canggih untuk berdepan pelbagai cabaran keselamata­n ketika ini,” katanya.

Mustafa turut mencadangk­an beberapa cukai tidak langsung boleh diperkenal­kan kerajaan, susulan pengumuman Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini bahawa kerajaan mungkin perlu memperkena­lkan cukai baharu untuk melunaskan hutang negara.

Beliau berkata, antaranya, Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) ke atas penjualan balik hartanah dibeli dalam satu tempoh tertentu.

“Sebagai contoh, jika seseorang menjual semula hartanah dibeli dalam masa dua tahun, dia perlu membayar cukai 30 peratus.

“Justeru, lebih lama anda mempunyai pegangan, lebih rendah cukai dibayar.

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Kerajaan disyorkan perkenal Cukai Keuntungan Harta Tanah ke atas penjualan balik hartanah dibeli dalam satu tempoh tertentu.
[FOTO HIASAN] Kerajaan disyorkan perkenal Cukai Keuntungan Harta Tanah ke atas penjualan balik hartanah dibeli dalam satu tempoh tertentu.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia