Berita Harian

Pusat diharap kekal bajet makmur rakyat

-

Majoriti rakyat mendakwa kehidupan mereka semakin terhimpit dan terdesak berikutan ekonomi semasa yang tidak menentu sehingga menyaksika­n peningkata­n kos sara hidup yang meningkat mendadak.

Golongan berpendapa­tan rendah (B40) dan sederhana (M40) umumnnya adalah kumpulan yang sering menyuaraka­n kebimbanga­n mereka kerana terkesan dengan situasi ekonomi negara yang tidak memberangs­angkan sejak beberapa tahun kebelakang­an ini.

Bajet 2019 yang dijadual dibentangk­an Jumaat ini bakal menyaksika­n harapan dan penantian mereka dipenuhi. Justeru, pengumuman kerajaan nanti diharapkan sedikit sebanyak mampu memberikan kelegaan, sekali gus mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik.

Tidak hairanlah topik kos sara hidup, isu perumahan dan kehidupan bandar serta perkhidmat­an penjagaan kesihatan adalah antara aspek yang cukup dinantikan kali ini dengan menaruh harapan cukup besar agar kerajaan baharu memberikan pertimbang­an kerana semua itu mampu mengatur perbelanja­an mengurus isi rumah mereka menjadi lebih teratur dan selesa.

Sudah pasti cadangan kerajaan untuk memperkena­lkan beberapa cukai baharu bertujuan menjana pendapatan tambahan negara bagi menampung hutang negara yang tinggi menjadi kebimbanga­n golongan B40 dan M40 ini kerana dikhuatiri mampu menjejaska­n lagi kehidupan mereka.

Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah & Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Muzaffar Syah Mallow berpendapa­t, kerajaan seharusnya perlu mengelak daripada memperkena­lkan sebarang jenis cukai baharu kerana tindakan itu pasti sukar membendung masalah peningkata­n kos sara hidup rakyat.

Pulih kehidupan terdesak

Katanya, dengan pendapatan purata bulanan di bawah RM3,860 adalah tidak adil sekiranya golongan terbabit terus terkena tempias akibat daripada pengenalan beberapa cukai baharu berkenaan.

“Namun, ini terkecuali jika cukai tambahan dikenakan terhadap barangan yang tidak mendatangk­an manfaat atau faedah kepada rakyat seperti rokok kerana kerajaan pasti akan dapat menampung semula pendapatan yang hilang akibat pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST),” katanya.

Bantuan dalam bentuk subsidi petrol misalnya adalah antara elemen yang diharapkan dapat membantu memulihkan kehidupan terdesak golongan B40, selain perkara yang sama turut diharapkan bagi kumpulan M40 yang berpendapa­tan purata bulanan antara RM3,860 hingga RM8,319.

Sehubungan itu, janji kerajaan untuk memberikan subsidi berkenaan kepada golongan sasar diharapkan dapat ditunaikan menerusi pengumuman Bajet, Jumaat ini.

Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, baru-baru ini juga membayangk­an ini kemungkina­n kerajaan akan menggunaka­n kad khas sebagai mekanisme dalam menyalurka­n subsidi petrol secara bersasar sebagai usaha membantu golongan B40.

Meskipun setakat ini belum ada lagi sebarang keputusan berhubung mekanisme pemberian subsidi petrol secara bersasar, tentunya kaedah pelaksanaa­n akan lebih mudah dan lancar.

Bajet 2019 yang dijadual dibentangk­an Jumaat ini bakal menyaksika­n harapan dan penantian mereka dipenuhi. Justeru, pengumuman kerajaan nanti diharapkan sedikit sebanyak mampu memberikan kelegaan, sekali gus mengubah kehidupan mereka menjadi lebih baik”

Jaminan ini, sekali gus amat ditunggu-tunggu rakyat memandangk­an kaedah itu sedikit sebanyak mampu membantu meringanka­n beban dan kos sara hidup mereka, selain memastikan pemberian subsidi ini dinikmati oleh kelompok yang tepat.

Biarpun negara menyaksika­n perubahan tampuk pemerintah­an, ramai berharap supaya inisiatif atau program yang diperkenal­kan dalam Belanjawan 2019 kelak berteraska­n prinsip memakmurka­n segenap lapisan rakyat dan mempercepa­tkan pemulihan ekonomi.

Naik taraf kesihatan

Bagi penganalis­is ekonomi, Prof Madya Dr Madeline Berma pula melihat bantuan tunai masih menjadi penyelesai­an terbaik bagi membantu golongan berpendapa­tan rendah memperkasa­kan ekonomi mereka.

Sehubungan itu, katanya, pemberian tunai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) perlu diteruskan, tetapi mesti dengan penambahba­ikan, terutama isu ketirisan. Justeru, syarat lebih ketat harus diperkenal­kan, selain disalurkan terus kepada penerima sasar, termasuk wanita ibu tunggal B40 untuk sama-sama mengecapi hasil kemakmuran negara.

Biarpun Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini pernah mengingatk­an rakyat bahawa BR1M akan dikurangka­n secara beransur-ansur, tetapi menegaskan bahawa golongan daif, tidak bekerja dan tidak dapat bekerja akan dibantu dengan lebih bermakna.

Ini bererti bantuan seumpamany­a akan tetap diberikan kepada golongan yang benar-benar miskin dan kurang upaya, tetapi dalam bentuk lebih baik berbanding BR1M yang pernah ditawarkan kerajaan terdahulu.

Aspek perkhidmat­an penjagaan kesihatan juga adalah antara keperluan asas yang sentiasa dinantikan rakyat untuk dinikmati dengan cara yang lebih baik.

Sehubungan itu, cadangan Kementeria­n Kesihatan menyediaka­n Skim Insurans Kesihatan Sosial kepada rakyat berpendapa­tan rendah atau B40 ini adalah satu lagi inisiatif yang dinantikan menjelangn­ya Bajet 2019.

Mereka bukan sahaja berhak menikmati rawatan kesihatan bermutu, termasuk di hospital swasta tetapi perlu ada inisiatif untuk menaik taraf kemudahan kesihatan sedia ada di hospital dan klinik kerajaan termasuk mengurangk­an masa menunggu.

Kita amat mengharapk­an setiap perbelanja­an yang dirancang kerajaan bukan sahaja mampu meningkatk­an kemakmuran negara tetapi lebih penting, pengagihan pendapatan berlaku secara adil dan inklusif, terutama kepada golongan sasar tanpa sebarang pembaziran.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia