Berita Harian

Mencari solusi status halal daging kultur

-

Lazimnya, masyarakat akan mendapatka­n bekalan daging halal daripada pembekal atau peniaga di pasar yang mempunyai logo halal atau dipercayai status halalnya. Contoh daging halal ialah ayam, lembu dan kambing yang disembelih mengikut syarat sembelihan Islam.

Namun, melalui pendekatan bioteknolo­gi, bekalan daging yang dikenali sebagai daging kultur boleh didapati daripada makmal penyelidik­an menerusi teknik kultur tisu dan kejurutera­an tisu. Daging kultur ialah daging yang ditumbuhka­n daripada cebisan sel daging haiwan di atas media khas dalam bekas khas.

Meskipun kajian pesat dijalankan terhadap penghasila­n daging kultur, produk ini masih belum menembusi pasaran tempatan mahupun global. Nama lain bagi daging kultur ini ialah kultur lembu, daging makmal, daging terbitan makmal, daging buatan dan daging in-vitro.

Antara faktor yang merangsang saintis untuk menghasilk­an daging kultur ini ialah peningkata­n populasi penduduk dunia, isu kebajikan binatang, kos penternaka­n, kos pembiakan, kos pemprosesa­n, logistik, dan isu kesihatan seperti penyakit lembu gila.

Bagaimanap­un, status kehalalan daging kultur ini menjadi persoalan utama disebabkan beberapa faktor seperti sumber sel daging, bahan media ketika proses pengkultur­an dan isu yang tidak membabitka­n sembelihan.

Sumber daging

Ketika proses pengkultur­an daging, sumber cebisan daging adalah daripada sel stem embiro atau bukan embiro. Dalam hal ini, isu halal timbul apabila sumber daging yang digunakan ialah daging binatang tidak halal seperti babi atau daging yang tidak disembelih.

Selain itu, penggunaan bahan media seperti serum (antara komponen dalam darah) ketika proses pengkultur­an juga adalah isu halal dalam penghasila­n daging kultur. Islam jelas melarang penggunaan daging babi dan darah seperti yang terkandung di dalam al-quran.

Isu halal sangat penting kerana industri ini dijangka mencecah AS$1.6 trilion pada hujung 2018. Bagi menghadapi permasalah­an ini, Institut Penyelidik­an Produk Halal (IPPH), Universiti Putra Malaysia (UPM) sudah bersedia dengan beberapa kaedah ujian makmal dalam menentukan sumber sesuatu daging.

Antara kaedah popular uji makmal yang digunakan ialah pengecaman DNA sampel daging. Sekiranya sampel daging terbabit mengandung­i DNA babi, DNA itu akan digandakan melalui proses yang dikenali sebagai tindak balas rantaian polimeras (PCR) sebelum pengesahan dapat dibuat.

Kajian rantaian protein

Bagi memudahkan pengguna di luar sana, teknik PCR ini dikomersia­lkan dengan ciptaan produk yang dikenali sebagai Halal Verificati­on System (HAFYS) oleh Prof Dr Shuhaimi Mustafa bersama Allahyarha­m Prof Datuk Dr Yaakob Che Man.

Produk HAFYS ini terbukti dapat memudahkan analisis kerana hanya mempunyai satu butang operasi dan boleh dibawa ke kawasan lapangan tanpa perlu ke makmal IPPH.

Produk HAFYS hanya memakan masa selama sejam bagi setiap analisis dan boleh dimiliki oleh syarikat dalam industri makanan sekiranya berminat untuk membuat ujian pada peringkat dalaman.

Terbaru, selain pengecaman DNA, teknik pengecaman daging babi melalui pendekatan kajian protein berjaya dibangunka­n oleh Dr Mohd Hafis Yuswan (UPM) bersama beberapa penyelidik, iaitu Dr Dhilia Udie Lamasudin (UPM), Prof Madya Dr Mohd Nasir Mohd Desa (UPM) dan Dr Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin (Universiti Kebangsaan Malaysia).

Dalam kajian ini, daging babi boleh dikenal pasti berdasarka­n rantaian protein dengan menggunaka­n mesin kromatogra­fi cecair spektromet­ri jisim (LCMS).

Peranan bersama

Keputusan analisis adalah berdasarka­n persamaan rantaian protein antara sampel protein yang diekstrak dengan rantaian protein pangkalan data yang dibangunka­n oleh IPPH.

Hasil kajian ini sedang dipatenkan bagi tujuan pengkomers­ialan yang mana pendekatan teknologi seperti alat pregnancy test akan dibangunka­n bagi memudahkan pengguna di luar sana, terutama pihak industri.

Hasil produk daripada paten ini dijangka dapat membantu suri rumah, terutama yang meragui sumber daging dibeli.

Pada masa sama, rantaian protein bagi sumber daging lain sedang giat dibangunka­n.

Masyarakat akan diperkenal­kan dengan daging kultur sebagai alternatif kepada daging sedia ada pada masa hadapan.

Justeru, pihak berwajib seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), IPPH dan agensi lain perlu bersama-sama untuk memainkan peranan dalam menentukan hukum status halal daging kultur bagi kemaslahat­an masyarakat.

Masyarakat akan diperkenal­kan dengan daging kultur sebagai alternatif kepada daging sedia ada pada masa hadapan. Justeru, pihak berwajib seperti Jabatan JAKIM, IPPH dan agensi lain perlu bersama-sama memainkan peranan dalam menentukan hukum status halal daging kultur bagi kemaslahat­an masyarakat”

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Daging kultur ialah daging yang ditumbuhka­n daripada cebisan sel daging haiwan di atas media khas dalam bekas khas.
[FOTO HIASAN] Daging kultur ialah daging yang ditumbuhka­n daripada cebisan sel daging haiwan di atas media khas dalam bekas khas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia