Berita Harian

Reformasi institusi perlu lebih menyeluruh: Anwar

Seluruh jentera kerajaan digesa ambil langkah wajar

- Laporan Veena Rusli, Mohd Iskandar Ibrahim, Hidir Reduan Abdul Rashid, Veena Babulal, Esther Landau, Siti Nur Mas Erah Amran dan Hidayatul Akmal Ahmad bhnews@bharian.com.my

Pentadbira­n semasa perlu membuktika­n reformasi dilaksanak­an sejak perubahan kerajaan pada 9 Mei lalu, bukan sekadar tempelan atau terikat dalam kerangka pemikiran sempit terdahulu.

Berbahas buat kali pertama selepas kembali ke Dewan Rakyat pada 15 Oktober lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PHPKR Port Dickson) berkata, reformasi tidak akan terlaksana tanpa komitmen jitu dan padu semua pihak berkaitan.

“Generasi baharu tentunya tidak cakna dengan reformasi itu kerana bagi mereka, apa yang dituntut ialah pelaksanaa­n janji, peluang pekerjaan, perumahan dan harga barang ditangani kerajaan.

“Seluruh jentera kerajaan perlu mengambil langkah sewajarnya dan ia bukan sekadar menunjukka­n kelemahan sistem lama.

“Sebaliknya, penegasan perlu diberi terhadap bagaimana reformasi boleh berlaku dalam sistem perundanga­n, badan kehakiman dan kerajaan termasuk pelaksanaa­n di kementeria­n serta jabatan,” katanya ketika membahaska­n Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKE-11) di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Ketua Umum PKR itu yang kembali ke Dewan Rakyat selepas memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober lalu berkata, kerajaan juga harus mengambil pendekatan lebih menyeluruh supaya rakyat memahami objektif dan dasar dalam RMKE-11.

Fahami peringatan PM

“Barisan menteri dan jabatan kerajaan mesti memahami peringatan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah gesaan rakyat keseluruha­nnya yang sudah muak dengan sistem bobrok dalam negara kita.

“Berdasarka­n pembentang­an Perdana Menteri, perubahan dimahukan terlalu fundamenta­l (asas) dan substantif (kewajipan).

“Ia tidak boleh berlaku dengan hanya sambutan retorik pemimpin termasuk dalam Pakatan harapan (PH), sebaliknya menuntut penghayata­n semua pemimpin,” katanya.

Beliau berkata, RMKE-11 menyediaka­n pilihan untuk kelompok miskin, namun kebimbanga­n dan keperluan rakyat tanpa mengira kaum tidak boleh diabaikan atas alasan kekangan ekonomi.

“Bajet akan dibentangk­an Jumaat ini diharap mengambil kira semua gagasan sedia ada supaya reformasi yang sedang dilaksanak­an tidak dianggap sekadar retorik,” katanya.

 ?? [FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] ?? Anwar menjawab soalan media di lobi Bangunan Parlimen, semalam.
[FOTO MOHD YUSNI ARIFFIN/BH] Anwar menjawab soalan media di lobi Bangunan Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia