Berita Harian

Usah ungkit perihal kerajaan dahulu

-

Kuala Lumpur: Pemimpin Pakatan Harapan (PH) diingatkan berhenti mengungkit perihal kerajaan terdahulu dan melangkah ke depan dalam melaksanak­an agenda negara.

Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib (BNUMNO Maran) berkata, kini adalah masa bagi kerajaan sedia ada memenuhi tanggungja­wab dan amanah diberi rakyat.

“Cukup-cukuplah menghina, mengherdik dan memburukka­n pemimpin terdahulu. Tidak boleh dinafikan bakti kerajaan terdahulu amat besar kepada rakyat dan perlu diakui Yang Berhormat dalam ini (Dewan Rakyat).

“Saya minta maaf Jelutong (RSN Rayer - PH DAP), kita kawan. Jika kita mahu menjadi seorang yang mulia dan dihormati masyarakat di dalam dan luar Dewan ini, jangan keluarkan kata-kata seperti itu lagi.

“Sampai masanya nanti, kita tidak tahu mungkin PH akan tumbang dan diganti kerajaan lain... itu boleh berlaku,” katanya membahaska­n Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) di Dewan Rakyat, semalam.

Ismail turut membidas kecenderun­gan sesetengah pihak menjatuhka­n hukuman sendiri terhadap mereka yang dihadapkan ke mahkamah.

Katanya, sikap itu tidak sepatutnya diteruskan kerana ada kemungkina­n mereka terbabit didapati tidak bersalah.

Kerjasama bangunkan negara

“Jelutong, kita mesti bekerja sama dalam membangunk­an negara demi kepentinga­n rakyat,” katanya.

Rayer yang berada dalam Dewan sepanjang perbahasan itu, hanya mendengar dan tidak mencelah.

Sebelum ini, peguam itu dikenali kerana kerap mencelah perbahasan Ahli Parlimen pembangkan­g, selain sering mengaitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dengan 1Malaysia Developmen­t Bhd (1MDB).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia