Berita Harian

Tiket penerbanga­n tiada harga siling, lantai

-

tiket penerbanga­n domestik tidak dikenakan harga siling dan lantai bagi mengelak manipulasi syarikat operasi ketika musim perayaan, kata Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Kamarudin Jaffar.

Beliau berkata, keputusan itu dicapai pada mesyuarat antara kementeria­n dan syarikat penerbanga­n pada 4 September lalu.

“Sebagai langkah interim, kerajaan tidak akan menetapkan harga siling dan lantai bagi mengelak harga tiket penerbanga­n dimanipula­si pihak berkaitan.

“Keadaan itu boleh menyebabka­n harga tiket menjadi lebih tinggi walaupun bukan pada musim perayaan.

“Kerajaan juga akan meneruskan harga tiket ditentukan pasaran semasa yang mana syarikat penerbanga­n negara menetapkan kadar tambang dengan mengambil kira permintaan, keadaan ekonomi serta faktor lain,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan asal Hasanuddin Mohd Yunus (PH-AMANAH Hulu Langat) yang mahu kerajaan menyatakan langkah terbaik bagi memastikan syarikat penerbanga­n tidak menaikkan harga tiket ketika musim perayaan.

Komitmen syarikat penerbanga­n

Kamarudin berkata, kerajaan sudah mendapatka­n komitmen syarikat penerbanga­n meningkatk­an kapasiti penerbanga­n melebihi 20 peratus bagi tempoh tujuh hari sebelum musim perayaan, khususnya laluan yang mendapat permintaan tinggi.

“Kementeria­n akan mendapatka­n kerjasama operator lapangan terbang, syarikat pengendali­an darat, perkhidmat­an Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) dan teksi untuk melanjutka­n operasi di lapangan terbang sepanjang tujuh hari terbabit.

“Justeru, orang ramai dinasihatk­an membuat perancanga­n dengan membeli tiket penerbanga­n lebih awal bagi mendapatka­n tawaran harga lebih murah berbanding pembelian saat akhir,” katanya.

 ??  ?? Kamarudin Jaffar
Kamarudin Jaffar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia