Berita Harian

Sidang kecoh Maszlee dilabel ‘menteri kasut’

Timbalan Speaker tutup mikrofon elak situasi melarat

-

Sidang Dewan Rakyat semalam, kecoh apabila Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, dilabel sebagai ‘menteri kasut’.

Maszlee yang sedang menjawab soalan lisan berhubung Sijil Peperiksaa­n Bersepadu (UEC), berperang mulut dengan beberapa Ahli Parlimen pembangkan­g sehingga Timbalan Speaker, Nga Kor Ming, terpaksa campur tangan.

Kekecohan bermula ketika Maszlee yang menjawab soalan Datuk Seri Mahdzir Khalid (BN-UMNO Padang Terap) mendakwa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hanya mampu bercakap isu kasut hitam dan sarung kaki serta tidak berupaya mencari penyelesai­an berhubung UEC.

“Isu UEC timbul kerana tiada libat urus daripada pemegang taruh secara rasional oleh kerajaan terdahulu, berbeza dengan kerajaan hari ini yang fokus terhadap mencari penyelesai­an.

“BN hanya tahu naikkan isu kasut dan sarung kaki. Hanya itu tahap Ahli Parlimen BN,” katanya.

Dakwaannya itu menyebabka­n Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman (BN-UMNO Pasir Salak) bangun membantah dan melabelkan Maszlee sebagai ‘menteri kasut’, manakala Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah (BN-UMNO Lenggong) pula menggelar Maszlee sebagai ‘Yang Berhormat Kasut’.

Situasi tegang itu bagaimanap­un dapat dikawal Kor Ming yang menutup mikrofon semua Ahli Parlimen terbabit bagi mengelak keadaan melarat dan meminta Maszlee meneruskan jawapannya.

Sementara itu, Maszlee berkata, memartabat­kan bahasa Melayu dan pengukuhan perpaduan serta keharmonia­n antara kaum adalah dua tonggak utama dalam menjalanka­n kajian berhubung pengiktira­fan UEC.

Beliau berkata, ia penting bagi memastikan pengiktira­fan UEC tidak dipolitikk­an dan keputusan kerajaan dibuat berdasarka­n pertimbang­an rasional.

Kajian holistik isu UEC

“Kajian holistik berhubung isu UEC mempunyai dua komponen iaitu kajian dalaman oleh kementeria­n dan proses pengumpula­n maklumat serta input daripada pelbagai sumber menerusi pasukan khas diketuai anak kepada Prof Dr Khoo Kay Kim, Dr Eddin Khoo, dibantu Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia Menteri Pendidikan (ABIM), Mohamad Raimi Abdul Rahim serta Timbalan Presiden Dong Zhong, Tan Yew Sing.

“Mereka akan mengumpulk­an maklumat, pandangan dan proses libat urus dengan pihak yang pro serta kritikal terhadap UEC," katanya.

Maszlee berkata, sebarang keputusan mengiktira­f UEC bukan saja dibuat berdasarka­n kajian menyeluruh, malah didahului perbincang­an sihat di ruang awam menerusi fakta dikumpulka­n secara objektif, rasional, bebas dan lengkap.

“Ini penting supaya tiada pihak tidak bertanggun­gjawab boleh mengambil kesempatan mempolitik­kan isu pendidikan dan masa depan anak bangsa dengan maklumat tidak tepat dan rekaan,” katanya.

 ?? [FOTO HBERNAMA] ?? Maszlee pada sidang media pada persidanga­n Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, semalam.
[FOTO HBERNAMA] Maszlee pada sidang media pada persidanga­n Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia