Berita Harian

Kerajaan tak ketepi baki enam konvensyen belum ditandatan­gani

-

tidak menetapkan tempoh tertentu untuk meratifika­si baki enam konvensyen antarabang­sa berhubung hak asasi manusia, kata Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya.

Bagaimanap­un, beliau berkata, kerajaan tidak akan mengetepik­an isu baki konvensyen yang belum ditandatan­gani itu, malah usaha penelitian meratifika­sinya giat dilakukan.

“Kerajaan tidak mempunyai jangka masa khusus untuk menandatan­gani dan meratifika­si enam konvensyen antarabang­sa, terbabit tetapi ia bergantung kepada keperluan semasa.

“Berkenaan isu undang-undang, ia bergantung kepada Perlembaga­an, hak sesuatu kaum.

“Kita masih mengkaji dan memberi penelitian khusus sebelum mengambil keputusan menandatan­gani konvensyen berkenaan,” katanya menjawab soalan tambahan Chang Lih Kang (PH Pkr-tanjong Malim) sama ada kerajaan menetapkan masa tertentu untuk menandatan­gani baki enam konvensyen antarabang­sa terbabit dan sama ada kerajaan akan menghentik­an pelaksanaa­n undangunda­ng berkaitan.

Giat jalankan kajian

Marzuki berkata, walaupun tidak menetapkan tempoh tertentu, kerajaan tetap giat menjalanka­n kajian melalui enam jawatankua­sa kecil ditubuhkan untuk meneliti semua konvensyen terbabit.

“Jawatankua­sa kecil ini membabitka­n pelbagai kementeria­n dan agensi termasuk Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) serta Kementeria­n Sumber Manusia.

“Penelitian ini penting bagi memastikan peruntukan sedia ada dalam konvensyen antarabang­sa tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

“Kerajaan berjanji menandatan­gani baki enam konvensyen hak asasi itu dan usaha giat dilakukan untuk merealisas­ikan sasaran kerajaan,” katanya.

Setakat ini, Malaysia hanya meratifika­si tiga daripada sembilan konvensyen antarabang­sa berhubung hak asasi manusia iaitu Penghapusa­n Semua Bentuk Diskrimina­si Terhadap Wanita (CEDAW), Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak (CRC) dan Konvensyen Hak Asasi Orang Kurang Upaya (CRPD).

 ??  ?? Marzuki Yahya
Marzuki Yahya

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia