Berita Harian

‘Waspada unsur sabotaj’

Zuraida gesa pemimpin PKR buang sindrom penafian wujud kepincanga­n pada pemilihan

- Oleh Siti Nur Mas Erah Amran

Pucuk pimpinan PKR diminta bangun daripada sindrom penafian dan perlu memandang serius kemungkina­n wujud unsur sabotaj pada Pemilihan PKR 2018 Cabang Kuala Selangor, kelmarin.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, berkata isu berkenaan memerlukan penyelesai­an segera secara tuntas.

“Insiden itu boleh merosakkan keseluruha­n sistem kerana sabotaj yang berlaku menyebabka­n proses pemilihan jawatankua­sa semakin kritikal.

“Terlalu banyak isu timbul seperti ‘kehilangan’ undi, pengurusan proses pemilihan tidak teratur, unsur rasuah dan penemuan ‘jammer’ di lokasi pemilihan Kuala Selangor semalam (kelmarin).

Risau pemilihan di Sabah

“Pemilihan di Negeri Sembilan dan Melaka juga perlu dibuat semula. Saya tidak dapat bayangkan apa yang berlaku pada proses pemilihan di Sabah dan Sarawak kelak kerana difahamkan undi akan dibuat secara offline,” katanya kepada media di Lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas penangguha­n Pemilihan PKR 2018 Cabang Kuala Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor kelmarin, selepas sistem e-undi tidak dapat dilaksanak­an susulan tiada capaian internet.

Zuraida yang bertanding jawatan Naib Presiden PKR, turut mendakwa politik wang berlaku pada pemilihan parti dan perlu ditangani secara proaktif.

“Jawatankua­sa Pemilihan Parti (JPP) PKR kata tidak terima laporan rasmi berhubung kes itu sedangkan media sudah melaporkan, manakala Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut melakukan penahanan.

“Sekarang PKR sudah jadi seperti kerajaan Barisan Nasional (BN) dulu, kena tunggu laporan baru nak siasat.

“Sepatutnya, JPP kena bertanggun­gjawab menyiasat dan menyelesai­kannya,” katanya.

Sebelum ini, JPP PKR dilaporkan tidak menerima laporan rasmi berhubung politik wang pada pemilihan parti itu seperti didakwa calon Timbalan Presiden, Rafizi Ramli.

 ??  ?? Zuraida Kamaruddin
Zuraida Kamaruddin

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia