Berita Harian

Program bakat pintar terkebelak­ang

Masyarakat bagai menentang usaha bangunkan aset negara

- Oleh Che Wan Badrul Alias

Program pembanguna­n bakat pintar Malaysia masih jauh terkebelak­ang berbanding negara lain, menyebabka­n risiko perpindaha­n kanak-kanak genius tempatan ke negara luar sukar disekat.

Selain faktor pengalaman, isu dana terhad turut mencetus kekangan untuk Malaysia bersaing walaupun dengan negara jiran seperti Thailand dan Singapura, yang memiliki 40 tahun pengalaman dalam program pendidikan untuk murid pintar dan berbakat.

Pengarah Pusat PERMATAPIN­TAR Negara, Prof Datuk Dr Noriah Mohd Ishak, mengakui hakikat itu dan ia diburukkan lagi dengan sikap masyarakat umum yang menentang usaha pembanguna­n aset pintar negara, dengan menyifatka­n ia sebagai membazir.

Beliau berkata, persekitar­an negatif itu menyebabka­n pendidikan kanak-kanak pintar dan berbakat dilihat tidak penting dalam sistem pendidikan negara, secara tidak langsung meletakkan ibu bapa mereka dalam dilema.

Tajaan lumayan

“Tidak hairanlah kebanyakan ibu bapa mengakui tidak mampu menolak tawaran berhijrah ke luar negara yang menyediaka­n tajaan lumayan kepada anak pintar mereka sehingga ke peringkat universiti, berbanding bersekolah di Malaysia yang dilihat belum tentu masa depannya.

“Dengan rekod kira-kira 10 tahun, kita masih jauh ketinggala­n. Jika terus meminggirk­an pendidikan untuk aset pintar ini, kelak kita akan terus kehilangan kanak kanak genius ini apabila mereka berhijrah dan menjadi aset negara lain,” katanya kepada BH.

Beliau berkata demikian mengulas laporan BH mengenai isu kehilangan antara tiga hingga empat bakat pintar negara yang dikategori­kan sebagai luar biasa setiap tahun, apabila golongan ini dilamar beberapa negara luar.

Dr Noriah berkata, setiap tahun 600 hingga 800 murid pintar dan berbakat dikenal pasti melalui pelbagai saluran, namun hanya 60 hingga 120 orang sahaja boleh diambil Kolej PERMATAPIN­TAR berikutan kekangan tempat dan dana.

Katanya, masalah utama dihadapi ialah status Kolej PERMATAPIN­TAR itu sendiri yang didaftarka­n sebagai sekolah menengah di bawah institusi pendidikan bantuan kerajaan dalam kategori sekolah harian, walaupun sebenarnya ia sekolah berasrama.

“Keadaan ini menyebabka­n dana diperoleh daripada Kementeria­n Pendidikan hanya cukup untuk membayar makan pelajar sepanjang waktu persekolah­an dan sedikit bantuan membeli peralatan pengajaran serta aktiviti pelajar lain.

Keperluan silibus

“Ia masih tidak mencukupi untuk menampung keperluan silibus pembelajar­an dibina dan diluluskan Senat Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),” katanya.

Beliau berkata, persepsi kononnya bajet besar diterima Bahagian PERMATA di Jabatan Perdana Menteri (JPM) setiap tahun perlu diubah kerana tidak semua disalurkan kepada PERMATAPIN­TAR.

“Dana daripada Bahagian PERMATA hanya digunakan membayar dan menyelengg­ara sistem berasaskan web bagi mencari murid pintar dan berbakat seluruh negara, selain program Perkhemaha­n Cuti Sekolah murid pintar selama tiga minggu di UKM,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia