Berita Harian

Tidak perlu bubar Cawangan Khas

-

Kuala Lumpur: Kerajaan tidak bercadang membubarka­n Cawangan Khas, yang menjadi sebahagian daripada jabatan dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata setakat ini tiada bukti kukuh kononnya Cawangan Khas atau jabatan lain dalam PDRM disalah guna, untuk kepentinga­n mana-mana pihak.

“Jika ada bukti menunjukka­n mana-mana pegawai atau anggota polis terbabit dalam salah guna kuasa untuk kepentinga­n tertentu, tindakan tegas akan diambil,” katanya.

Status Cawangan Khas jadi tanda tanya

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Pang Hok Lion (PH-DAP Labis), yang mahukan penjelasan mengenai status Cawangan Khas PDRM di bawah kerajaan baharu.

Hok Lion turut memohon penjelasan sama ada benar jabatan itu disalah guna kerajaan terdahulu, untuk melindungi dan mengekalka­n kuasa mereka.

Muhyiddin berkata, PDRM adalah agensi keselamata­n yang menjalanka­n tugas dengan profesiona­l, mengikut bidang kuasa diperuntuk­kan mengikut undang-undang.

Kepentinga­n jabatan

“Mengambil kira kepentinga­n pasukan keselamata­n, termasuk Cawangan Khas dalam memelihara keselamata­n negara, tidak timbul isu Cawangan Khas perlu dibubarkan,” katanya.

Setakat ini tiada bukti kukuh kononnya Cawangan Khas atau jabatan lain dalam PDRM disalah guna” Muhyiddin Yassin, Menteri Dalam Negeri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia