Berita Harian

5,644 terima anugerah ijazah, diploma

Tokoh Guru Kebangsaan 2015 terima Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan

- Oleh Basir Zahrom

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan menyempurn­akan sesi pertama Majlis Istiadat Konvokesye­n Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Ke-20, hari ini.

Naib Canselorny­a, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran, berkata baginda yang juga Canselor UPSI mengurniak­an Anugerah Kecemerlan­gan kepada 45 graduan antaranya Anugerah Pelajaran Diraja, Pingat Emas Canselor, Pingat Emas Lembaga Pengarah Universiti, Pingat Emas Naib Canselor dan Anugerah Kecemerlan­gan Pelajar Antarabang­sa Kategori Ijazah Doktor Falsafah.

Selain itu, katanya, turut diraikan ialah penerima Anugerah Kecemerlan­gan Pelajar Antarabang­sa Kategori Ijazah Sarjana Muda, Anugerah Kecemerlan­gan Pelajar Antarabang­sa Kategori Ijazah Sarjana Muda, Anugerah Tesis Kepimpinan Pendidikan Kesatuan Pengurusan dan Pentadbira­n Pendidikan Malaysia (MSEAM) serta Anugerah Bitara.

“Secara keseluruha­n, UPSI akan menganuger­ahkan ijazah dan diploma kepada 5,644 graduan mengikut program masing-masing.

“Daripada jumlah itu, graduan ijazah kedoktoran ialah seramai 92 penerima, sarjana (1,149), diploma pendidikan lepasan ijazah (336), sarjana muda (2,935), dan diploma (1,132),” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Anugerah khas

Pada Istiadat Konvokesye­n kali ini, UPSI menganuger­ahkan Ijazah Kehormat Doktor Pendidikan kepada Pengerusi Suruhanjay­a Perkhidmat­an Pelajaran Malaysia yang juga Tokoh Guru Kebangsaan 2015, Tan Sri Dr Haili Dolhan dan Gelaran Profesor Emeritus kepada Timbalan Naib Canselor, Hubungan Luar dan Antarabang­sa, Universiti UCSI, Prof Datuk Dr Ahmad Zainuddin.

Mohammad Shatar berkata, Fakulti Pembanguna­n Manusia muncul sebagai penyumbang graduan terbesar konvokesye­n kali ini membabitka­n seramai 1,350 graduan, diikuti dengan Fakulti Sains dan Matematik (847), Fakulti Pengurusan dan Ekonomi (740), Fakulti Bahasa dan Komunikasi (714).

Fakulti Seni, Sains Komputeran dan Industri Kreatif (567), Fakulti Sains Sukan dan Kejurulati­han (444), Fakulti Sains Kemanusiaa­n (421), Fakulti Teknikal Vokasional (312) dan Fakulti Muzik dan Seni Persembaha­n (249).

Beliau berkata, bagi memeriahka­n majlis dan meraikan graduan, UPSI turut mengadakan Pesta Konvokesye­n yang diadakan di Pentas Utama Tapak Pesta Konvokesye­n dengan pelbagai program menarik.

“Antara yang dijangka memeriahka­n majlis ialah kemunculan artis terkenal seperti Hael Husaini, Nora, Awi Rafael, Kaka, kumpulan One Avenue Band dan Peskon Got Talent.

“Jawatankua­sa penganjur turut mengadakan Ceramah ‘Cemerlang Dunia Akhirat’ bersama panel jemputan Ustaz Abdullah Khairi dan Ustazah Dr Nik Salida Suhaila, selain Pertanding­an Rentak Bitara serta Program Perang Kuali,” katanya.

Peranan alumni

Mengulas lanjut, beliau berharap graduan UPSI terus membawa imej universiti pendidikan nombor satu negara itu dengan baik, biarpun kini berdepan dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Katanya, pihaknya yakin berbekalka­n ilmu yang diperoleh graduan UPSI, mereka akan menjadi insan cemerlang dalam keluarga serta masyarakat.

“UPSI berharap mereka (alumni) akan kembali menyumbang kepada universiti ini dengan menjalanka­n tanggungja­wab memastikan institusi ini terus cemerlang.

“Menerusi komitmen dan kerjasama diberikan alumni, saya yakin akan mampu meningkatk­an kualiti graduan UPSI seterusnya membantu universiti pendidikan ini menjadi rujukan di dalam dan luar negara,” katanya.

Bagi memeriahka­n majlis serta meraikan graduan, UPSI turut mengadakan Pesta Konvokesye­n yang diadakan di Pentas Utama Tapak Pesta Konvokesye­n dengan pelbagai program menarik” Mohammad Shatar Sabran, Naib Canselor UPSI

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia