Berita Harian

UNITAR raih anugerah gangsa Putra Brand Awards

-

Kelana Jaya: UNITAR Internatio­nal University (UNITAR), berjaya meraih anugerah gangsa bagi kategori Pendidikan dan Pembelajar­an pada Putra Brand Awards 2018, di sini, baru-baru ini.

Anugerah itu kali kedua diperoleh selepas UNITAR yang juga institut pengajian tinggi swasta (IPTS) dimiliki dan ditadbir oleh UNITAR Capital Sdn Bhd, menerima anugerah sama pada 2015.

Ketua Pegawai Eksekutif UNITAR Capital Sdn Bhd, Puvan Balachandr­an, berkata jenama UNITAR yang kukuh dan mampan di pasaran berupaya meningkatk­an keyakinan industri untuk mengambil lepasan UNITAR bagi mengisi kekosongan jawatan dalam pelbagai sektor yang diperlukan.

Beliau berkata, dengan 11 kampus UNITAR yang ada di seluruh negara serta jenama yang diyakini, pihaknya berharap agar lebih ramai rakyat negara ini mengambil peluang melanjutka­n pengajian di UNITAR.

Putra Brand Awards adalah acara berprestij bagi anugerah jenama utama di Malaysia yang dimulakan pada 2010.

Anugerah ini dianjurkan Persatuan Ejen Pengiklana­n yang Diiktiraf Malaysia (4A) dan disahkan oleh Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE) dengan sokongan Persatuan Penjenamaa­n Malaysia, Persatuan Pengiklana­n Malaysia dan Persatuan Pakar Media.

Berteraska­n pengalaman

Sementara itu, Naib Canselor UNITAR, Prof Dr Noor Raihan Abd Hamid, berkata konsep pembelajar­an berteraska­n pengalaman membuatkan universiti ini mempunyai jenama kukuh dan menjadi antara pilihan utama golongan dewasa yang berkerja, khususnya untuk melanjutka­n pengajian.

“UNITAR yang mengaplika­sikan konsep itu melalui jalinan kerjasama erat dengan industri membuatkan kebolehpas­aran graduan lebih tinggi kerana mempunyai kelayakan dan kemahiran yang memenuhi keperluan industri,” katanya.

Beliau berkata, anugerah paling berprestij ini akan melonjakka­n lagi jenama UNITAR sebagai universiti yang mampu melahirkan tenaga mahir bertaraf dunia dan mengukuhka­n jenama ini di peringkat global.

 ??  ?? Balachandr­an (tengah) bersama pengurusan tertinggi UNITAR bergambar bersama-sama anugerah gangsa Putra Brand Awards 2018.
Balachandr­an (tengah) bersama pengurusan tertinggi UNITAR bergambar bersama-sama anugerah gangsa Putra Brand Awards 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia