Berita Harian

Program BH bantu perkasa pendidikan negara

Inisiatif selaras anjakan kesembilan PPPM 2013-2025

- Oleh Ibrahim Isa

Inisiatif BH selaku akhbar dalam Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP) perlu dicontohi badan korporat lain yang sentiasa berusaha menganjurk­an pelbagai program dalam memperkasa­kan pendidikan negara.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor, Azman Adnan, berkata program yang dianjurkan itu bukan sahaja dapat melahirkan generasi muda cemerlang dari segi akademik, tetapi pada masa sama berakhlak mulia, sedia menghadapi pelbagai cabaran dan menjadi pemimpin berkaliber dalam sektor awam serta swasta.

Beliau berkata, inisiatif itu selaras dengan anjakan kesembilan dalam Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu bekerjasam­a dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas.

“Kami bagi pihak JPN berharap kerjasama sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan demi melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah mampu mencetuska­n idea bernas dan berinovasi.

“Johor mempunyai 1,840 sekolah menengah dan rendah pelbagai aliran, hampir 500,000 pelajar dan 53,000 guru. Saya yakin pasaran untuk bahan bantu mengajar (BBM) masih luas yang boleh dikongsi dengan pihak swasta,” katanya ketika berucap merasmikan majlis penghargaa­n Sepetang Bersama Guru 2018 peringkat Johor di Pulai Spring, di sini, barubaru ini.

Langgan sisipan BH

Yang turut hadir, Ketua Pegawai Komersial NSTP, Alfian Abu Talib, Pengarang Eksekutif The New Straits Times (NST), Muzli Mohd Zin dan Pengurus Besar Jabatan Vertikal Pendidikan NSTP, Farah Ezrin Mohd Rashidi.

Seramai 250 guru membabitka­n 171 sekolah menengah dan rendah di negeri ini diraikan pada majlis itu, sebagai lokasi ketiga diadakan selepas Kedah dan Melaka. Program sama akan diteruskan ke Terengganu, Kelantan dan Kuala Lumpur.

Majlis itu diadakan bagi menghargai sekolah yang melanggan akhbar BH menerusi sisipan pendidikan, Didik (Ujian Pencapaian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia