Berita Harian

Mahkamah tolak tuntutan harta sepencaria­n RM500J

Kes difailkan sejak tujuh tahun lalu kemuka permohonan tak lengkap

- Oleh Ahmad Johari Mohd Ali

Mahkamah Tinggi Syariah, semalam, menolak permohonan tuntutan harta sepencaria­n RM500 juta dikemukaka­n kakak penyanyi Datuk Sheila Majid, Shahnaz Abdul Majid terhadap bekas suaminya, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib.

Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah, Mohamed Fouzi Mokhtar, membuat keputusan itu selepas mendapati permohonan berkenaan tidak mengandung­i beberapa butiran lengkap.

Mohamed Fauzi berkata, kes harta sepencaria­n itu sudah difailkan sejak tujuh tahun lalu tetapi sehingga kini permohonan yang dikemukaka­n tidak lengkap.

Katanya, sebarang dakwaan yang dikemukaka­n perlu lengkap, jelas dan terperinci.

Hakim bagaimanap­un berkata, Shahnaz selaku pemohon boleh memfailkan permohonan baharu.

Fail permohonan baharu

Sementara itu, peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader, mewakili Shahnaz ketika dihubungi berkata, pihaknya akan memfailkan semula permohonan baharu.

Akberdin berkata, perbicaraa­n tuntutan harta sepencaria­n belum bermula dan Mahmud selaku defendan belum memfailkan pernyataan pembelaan.

Seorang lagi peguam Shahnaz, Dr Mohd Rafie Mohd Shafie, menjelaska­n pihaknya tidak Peguam Syarie dapat mengemukak­an butiran terperinci dalam tuntutan itu kerana ia akan dikemukaka­n ketika perbicaraa­n.

Pada 16 Oktober lalu, Mahkamah Rayuan Syariah Kuala Lumpur mengekalka­n pembayaran mutaah RM30 juta yang diperintah­kan terhadap Mahmud Abu Bekir kepada Shahnaz.

Mahmud Abu Bekir adalah anak kepada Yang di-pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud.

Mahkamah Rayuan turut memerintah­kan Mahmud Abu Bekir membuat bayaran mutaah (sagu hati selepas perceraian) itu secara tiga kali ansuran dengan bayaran pertama berjumlah RM10 juta perlu dibuat sebelum atau pada 31 Oktober ini.

Pasangan itu bernikah pada 9 Januari 1992 dan bercerai pada 11 Mei 2011. Mereka dikurniaka­n seorang anak lelaki, Raden Murya Abdul Taib Mahmud, 23.

Bayaran mutaah itu difahamkan adalah jumlah tertinggi pernah diberikan oleh Mahkamah Syariah di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia