Berita Harian

Lelaki tetak isteri direman seminggu

-

Kinabatang­an: Lelaki berumur 31 tahun yang menetak isterinya hingga mati di rumah pekerja di Ladang Pintasan, Sabtu lalu, direman tujuh hari mulai semalam, bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Kinabatang­an, Superinten­dan A Sahak Rahmat, berkata suspek yang ditahan jam 10.30 pagi kelmarin didapati negatif dadah, namun dipercayai berkelakua­n kejam terhadap isterinya kerana berang dituduh ada isteri lain berikutan sering keluar malam.

Katanya, polis sudah menemui senjata disyaki digunakan suspek iaitu parang sepanjang 70 sentimeter dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Hasil siasatan lanjut, kejadian itu sebenarnya berlaku pada jam 8 malam kelmarin (Sabtu). Ketika kejadian, jiran mereka turut mendengar jeritan mangsa meminta tolong.

“Saksi kemudian sempat melihat suspek berusia 31 tahun yang juga suami mangsa dalam keadaan berlumuran darah sambil memegang parang.

Perselisih­an faham

“Motif kejadian dipercayai akibat perselisih­an faham antara suami isteri kerana mangsa menuduh suaminya ada isteri lain akibat sering keluar malam,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam kejadian itu, Ira Sumang, 27, dipercayai berasal dari Makassar, Indonesia, ditemui mati dengan kesan tetakan di kepala, muka dan tangan dengan antara cebisan ditemui ialah tangan serta jari mangsa.

Difahamkan, anggota polis terpaksa memungut enam cebisan anggota badan mangsa selepas ditemui bertaburan di lantai ruang tamu dan dapur.

 ?? [FOTO IHSAN POLIS] ?? Senjata digunakan suspek dalam kejadian isteri maut ditetak di rumah pekerja di Ladang Pintasan, Kinabatang­an.
[FOTO IHSAN POLIS] Senjata digunakan suspek dalam kejadian isteri maut ditetak di rumah pekerja di Ladang Pintasan, Kinabatang­an.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia