Berita Harian

Jumlah pelaburan separuh pertama tahun ini RM80.2B

Malaysia kekal lokasi kompetitif bagi pelabur asing meskipun persaingan mencabar

- Oleh Bisnes NSTP

Pelaburan langsung baharu yang diluluskan di Malaysia dalam sektor perkhidmat­an, pembuatan dan utama dalam separuh pertama 2018 (H1) meningkat 17.7 peratus kepada RM80.2 bilion berbanding RM68.2 bilion pada tempoh sama tahun lalu.

Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), berkata pelaburan yang diluluskan pada Januari hingga Jun adalah daripada 2,346 projek dan dijangka menjana 60,181 peluang pekerjaan untuk Malaysia.

“Di sebalik persaingan yang semakin meningkat dan persekitar­an luaran yang mencabar, Malaysia kekal menjadi lokasi pelaburan kompetitif untuk pelabur asing,” katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

MITI berkata, pelaburan asing meningkat sebanyak 35.3 peratus kepada RM26.5 bilion pada H1 2018 berbanding RM19.6 bilion dalam tempoh sama tahun lalu.

Katanya, peningkata­n dalam pelaburan asing dapat dilihat terutama dalam sektor perkilanga­n dan utama.

“Pelaburan domestik membawa masuk RM53.7 bilion, menyumbang 67 peratus kepada jumlah pelaburan yang diluluskan dalam ketigatiga sektor.

“Prestasi pelaburan domestik juga menyaksika­n kenaikan 10.5 peratus daripada RM48.6 bilion bagi tempoh sama tahun lalu,” katanya.

Pulihkan kepercayaa­n pelabur

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri, Datuk Darell Leiking, menyatakan keyakinann­ya terhadap prestasi ekonomi Malaysia menuju ke hadapan.

“Pelaburan asing dan tempatan masingmasi­ng meningkat sebanyak 35.3 peratus dan 10.5 peratus, menunjukka­n keyakinan rakyat terhadap negara.

“Dengan perubahan kerajaan yang menggalakk­an ketelusan dan usaha kami untuk memulihkan kepercayaa­n para pelabur, saya yakin angka itu akan meningkat lebih tinggi pada separuh kedua tahun ini,” katanya.

Beliau yang baru pulang dari misi perdaganga­n ke Jepun dan Korea minggu lalu berjaya membawa balik pelaburan berpotensi bernilai RM2.84 bilion, bukti kepercayaa­n pelabur asing terhadap kerajaan baharu dan dasar mesra pelaburnya yang diketuai oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia