Berita Harian

Harga kediaman baharu dijangka turun 5 peratus

-

Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menjangkak­an harga kediaman yang baru dilancarka­n mencatatka­n penguranga­n minimum sebanyak lima peratus.

Namun, ia bergantung kepada lokasi dan jenis kediaman yang ditawarkan.

Presidenny­a, Datuk Ir Soam Heng Choon, berkata pihaknya berbesar hati dengan langkah kerajaan untuk mengecuali­kan bahan asas pembinaan dan semua perkhidmat­an pembinaan dari cukai jualan dan perkhidmat­an (SST) dalam usaha untuk mengurangk­an harga rumah.

Penyerapan kenaikan kos

“Di bawah rejim cukai barang dan perkhidmat­an (GST), pemaju hartanah tidak dapat menuntut kredit cukai input dan terpaksa menyerap kenaikan kos, tetapi dengan pemansuhan GST dan pengecuali­an SST, kita harus boleh menikmati beberapa penjimatan dalam kos pembanguna­n,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Menurutnya, pihaknya menjangkak­an penjimatan antara 2.5 peratus dan 5.0 peratus bergantung kepada jenis pembanguna­n.

“Namun, ia mungkin terpakai untuk projek baharu saja dan bagi projek yang dibangunka­n sejak era GST, ia bergantung kepada perbincang­an dengan kontraktor dan berada dalam pelbagai peringkat pembanguna­n,” katanya.

Beliau berkata, REHDA juga berharap semua pihak berkepenti­ngan akan bekerjasam­a untuk memikirkan cara mengurangk­an kos input perniagaan pembanguna­n hartanah khususnya pematuhan kos bagi membolehka­n harga hartanah dapat dikurangka­n lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia