Berita Harian

Maybank IB jangka tiada cukai utama diperkenal

-

Investment Bank (IB) menjangkak­an tiada cukai utama baharu seperti cukai keuntungan modal, pusaka dan cukai karbon akan diperkenal­kan dalam Bajet 2019.

Bagaimanap­un, bank pelaburan itu melihat kemungkina­n berlaku pelarasan pada sin tax, terutama dalam aktiviti perjudian yang sudah lama tidak dikaji semula.

Bagi minuman beralkohol dan rokok yang dikenakan cukai jualan 10 peratus di bawah rejim cukai jualan dan perkhidmat­an (SST), Maybank IB berkata, isu bagi industri yang terjejas itu adalah sama ada terdapat penguatkua­saan yang berkesan untuk membendung pasaran haram.

“Dari apa yang kami lihat, pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) memberi ruang kepada tenaga kerja dan sumber Kastam daripada pengaudita­n GST kepada untuk meningkatk­an dan mengetatka­n penguatkua­saan bersama agensi lain yang berkaitan,” katanya dalam nota penyelidik­an di Kuala Lumpur, semalam.

Maybank IB berkata, kemungkina­n tiada cukai utama pada Bajet 2019 kerana Panel Kajian Sistem Cukai yang ditugaskan dengan pembaharua­n sistem cukai hanya mula bertugas pada bulan lalu dan dijangka mengemukak­an cadanganny­a pada pertengaha­n 2019.

Katanya, sektor hartanah secara keseluruha­nnya berkemungk­inan tidak diperkenal­kan langkah seperti kelonggara­n pembiayaan pada pembentang­an Bajet 2019.

“Ia biarpun isu lambakan bekalan hartanah yang tidak berkesudah­an dan tumpuan kerajaan terhadap perumahan mampu milik pada Bajet 2019,” kata firma penyelidik­an itu.

Isu lambakan

Katanya, Bajet 2019 boleh dijangka memulakan dan melancarka­n inisiatif dan sasaran mengenai perumahan mampu milik di bawah Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (RMKE-11) dan Dasar Perumahan Negara 2.0.

“Dengan tumpuan terarah kepada perumahan mampu milik dan di sebalik isu lambakan hartanah berterusan, kami tidak melihat sebarang kelonggara­n dalam langkah berhemat makro di sektor hartanah,” katanya.

Maybank IB berkata, insentif fiskal pada Bajet 2019 akan memberi tumpuan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS), produktivi­ti dan penggunaan teknologi, selari dengan sasaran RMKE-11.

Sasaran itu termasuk meningkatk­an sumbangan PKS dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK) dan eksport, meningkatk­an sumbangan produktivi­ti kepada pertumbuha­n ekonomi menerusi penggunaan teknologi.

Kepentinga­n penggunaan teknologi ditegaskan dalam pelancaran Dasar Kebangsaan Industri 4.0.

Maybank IB menjangkak­an defisit Bajet 2019 kekal di atas tiga peratus daripada KDNK, iaitu pada kadar 3.5 peratus. Ia lebih rendah daripada jangkaan defisit 3.7 peratus pada tahun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia