Berita Harian

Untung Bursa Malaysia meningkat 2.6 peratus

-

Malaysia Bhd mencatatka­n peningkata­n 2.6 peratus bagi keuntungan selepas cukai dan kepentinga­n minoriti (PATAMI) kepada RM172.2 juta bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun kewangan berakhir 30 September lalu (9M2018) berbanding RM167.8 juta bagi tempoh masa sama tahun lalu (9M2017).

Pertumbuha­n dalam PATAMI itu disumbang melalui pendapatan operasi yang lebih tinggi iaitu RM402.3 juta di mana ia adalah peningkata­n sebanyak 2.6 peratus bagi tempoh sama tahun ini berbanding tempoh masa sama pada 2017.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Datuk Seri Tajuddin Atan, berkata inisiatif pertumbuha­n mampan Bursa Malaysia yang dilaksanak­an tahun lalu terus menunjukka­n kemajuan, meningkatk­an standard dan mengukuhka­n prestasi Bursa Malaysia untuk mencapai hasil operasi tertinggi dan merekodkan Purata Dagangan Harian (ADV) tertinggi dalam tempoh sembilan bulan bagi Dagangan di Pasaran (OMT) kepada RM2.6 bilion sejak penyenarai­an pada 2005.

Komitmen berterusan

“Keputusan ini membuktika­n komitmen berterusan kami dalam membawa banyak peluang bagi menyokong ekosistem pasaran modal yang kondusif dan kukuh bagi semua yang terbabit dalam pasaran,” katanya pada kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Untuk sembilan bulan kewangan yang ditinjau, Pasaran Sekuriti mencatatka­n pertumbuha­n pendapatan perdaganga­n sebanyak 6.5 peratus kepada RM207.7 juta berbanding RM195.0 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya dipacu melalui ADV tinggi bagi OMT untuk tempoh 9M18 berkembang 10.5 peratus daripada tahun ke tahun.

Pendapatan Pasaran Derivatif menurun 4.8 peratus kepada RM57.6 juta dalam 9M2018 berbanding RM60.5 juta pada 9M2017 berikutan kontrak minyak sawit mentah yang diniagakan lebih rendah dan jaminan yang diperolehi serta insentif pasaran lebih tinggi dilakukan pada 9M2018.

Untuk suku ketiga berakhir 30 September 2018, pendapatan operasi pendapatan meningkat sebanyak 0.4 peratus kepada RM123.2 juta namun diimbangi kenaikan 2.8 peratus dalam operasi perbelanja­an kepada RM60.7 juta sekali gus menyebabka­n penurunan 2.7 peratus dalam PATAMI kepada RM50.2 juta berbanding suku sama yang berakhir 30 September 2017.

Beliau berkata, pihaknya yakin dengan penekanan kerajaan terhadap fiskal dan perubahan tadbir urus seperti mana yang digariskan melalui Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMKE-11) yang dilihat baik untuk jangka panjang bagi mengukuhka­n keyakinan pelabur.

“Untuk Bursa Malaysia, kami akan meneruskan usaha mendigital­kan perkhidmat­an, meliberali­sasi peraturan rangka kerja dan memperluas­kan asas pelabur bagi meningkatk­an perluasan dan pengukuhan ekosistem di mana ia bahagian strategi bagi meneraju, menggalas tanggungja­wab dan menghubung­kan pasaran modal Asean secara global,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia