Berita Harian

Airasia mula penerbanga­n ke Danau Toba

-

memulakan penerbanga­n sulungnya dari Kuala Lumpur ke Silangit, Danau Toba Ahad lalu yang menjadi destinasi terbaru dalam rangkaian syarikat berkenaan.

Penerbanga­n Airasia AK411, yang dikendalik­an Airbus A320, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur pada jam 10.40 pagi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Silangit pada jam 11.20 pagi waktu tempatan.

Sebaik tiba wakil media yang diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Airasia Malaysia, Riad Asmat disambut kakitangan khas Menteri Pelanconga­n Infrastruk­tur Pelanconga­n Indonesia Judi Rifajantor­o, Konsul Jeneral Malaysia di Medan, Amizal Fadzli Rajali dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Airasia Indonesia, Dendy Kurniawan.

Usaha berterusan Airasia

Riad dalam ucapannya berkata, pelancaran penerbanga­n ke Silangit adalah bukti usaha berterusan pihaknya menawarkan pilihan destinasi terbaik dalam rangkaian laluan ke Indonesia.

“Airasia berbangga kerana memulakan penerbanga­n ke Silangit yang menjadi pintu utama ke tasik volkanik indah, dan terbesar di ASEAN.

“Danau Toba diibaratka­n permata tersembuny­i di Indonesia. Justeru perkhidmat­an penerbanga­n terus ke Silangit membolehka­n pelancong dari 20 bandar raya utama menuju ke Silangit dengan perhentian di Kuala Lumpur.

“Kami berharap dapat bekerjasam­a dengan semua pihak, terutamany­a Indonesia dalam membangunk­an Danau Toba sebagai salah satu daripada 10 destinasi pelanconga­n utama dunia,” katanya.

Menerusi perkhidmat­an ini, pelancong dari 20 bandar antaranya Kota Kinabalu, Johor Bahru, Kuching, Guangzhou, Chongqing, Changsha, Hong Kong, Beijing, Shanghai, Melbourne dan Taipei kini boleh memulakan perjalanan ke Silangit - Danau Toba dengan lancar melalui Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia