Berita Harian

Wasiyyah Shoppe lancar promosi 123 bantu pelanggan

-

Shoppe Bhd, firma perancanga­n harta dan pengurusan harta pusaka secara syariah, melancarka­n Promosi 123 bermula 15 Oktober lalu sehingga 31 Januari 2019.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Affendy Nanyan, menerusi promosi itu, pelanggan hanya perlu membayar RM123 secara ansuran selama 24 bulan bagi menyediaka­n dokumen hibah mereka.

Katanya, Wasiyyah Shoppe adalah satu-satunya syarikat amanah di Malaysia yang membenarka­n pelanggann­ya membayar secara ansuran bagi perkhidmat­annya dengan penggunaan kaedah bayaran atas talian.

“Selain penyediaan hibah, Promosi 123 ini juga termasuk perkhidmat­an pengurusan pusaka Al Wasitah Wasiyyah Shoppe di mana manfaat utamanya ialah waris tidak perlu mengeluark­an sebarang kos untuk pengurusan pusaka selepas kematian pelanggan.

“Melalui promosi ini kami mensasarka­n ingin membantu pasangan muda yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun dan masih mempunyai rumah di dalam pinjaman untuk membuat hibah.

“Dari pengalaman kami, golongan ini yang menghadapi paling banyak masalah dan cabaran dalam urusan harta pusaka apabila berlaku kematian.

Anak, isteri terjejas

“Banyak kes yang kami temui, isteri dan anak kecil terjejas kehidupann­ya akibat perbalahan pusaka dengan keluarga suami,” katanya dalam satu kenyataan.

Affendy berkata, Promosi 123 itu juga menyasarka­n membantu golongan lain yang termasuk dalam kategori berkeperlu­an membuat hibah iaitu pasangan tidak mempunyai anak kandung, pasangan yang mempunyai anak perempuan sahaja (tanpa anak lelaki).

Beliau berkata, pasangan yang mempunyai anak angkat, suami yang berpoligam­i, pasangan mempunyai anak istimewa, individu bujang dan suami beristeri baharu selepas kematian isteri pertama boleh mendapatka­n khidmat ini.

“Kami menyasarka­n 1,500 pelanggan baharu menyertai promosi 123 ini bagi menikmati penjimatan yang ditawarkan sehingga 31 Januari depan,” katanya.

Wasiyyah Shoppe ialah syarikat amanah patuh syariah berdaftar di bawah Akta Pemegang Amanah 1949 yang berkepakar­an dalam perancanga­n dan pengurusan harta pusaka orang Islam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia