Berita Harian

Sentimen berhati-hati pengaruhi bursa Asia

-

Saham Asia berubah-ubah pada Isnin dengan pelabur masih terperanja­t dengan keriuhan minggu lalu, dengan mereka berhati-hati selepas Wall Street dipukul teruk mengimbang­i penawaran belian.

Malah, pertumbuha­n ekonomi Amerika Syarikat yang memberangs­angkan pada suku ketiga tidak mencukupi untuk menghalang ketiga-tiga indeks utama di New York dari menjunam pada Jumaat, dengan Dow dan S&P 500 jatuh ke dalam wilayah negatif untuk tahun ini.

Kerugian di AS berlaku selepas laporan pendapatan yang mengecewak­an daripada gergasi seperti Alphabet dan Amazon, yang menimbulka­n kebimbanga­n mengenai kenaikan kadar faedah dan perang perdaganga­n China-as yang tidak menunjukka­n tandatanda untuk berkurang.

“Ketakutan mengenai kelembapan ekonomi di Amerika Syarikat terbukti pramatang, tetapi pelabur bimbang bahawa rangsangan daripada potongan cukai (Donald) Trump ‘menyejat’,” kata Alfonso Esparza, penganalis­is pasaran kanan di OANDA.

“Saham mudah terjejas kerana Rizab Persekutua­n AS berdiri teguh dengan rancangann­ya untuk menaikkan (faedah) sekali lagi tahun ini dan tiga atau empat pada 2019 dalam landansann­ya untuk menromalka­n kembali kadar.

“Hubungan As-china tidak bertambah baik dan laporan pendapatan telah mula mencermink­an kesan tarif ke atas China,“katanya.

Hong Kong naik 0.4 peratus selepas bergerak antara keuntungan dan kerugian, manakala Tokyo berakhir rugi 0.2 peratus dan Shanghai kehilangan lebih daripada dua peratus. Seoul susut 1.5 peratus.

Tetapi Sydney naik 1.1 peratus, Singapura menambah 0.5 peratus, Wellington naik 0.6 peratus dan Jakarta turun 0.4 peratus.

Dalam perdaganga­n awal, London naik 0.5 peratus dan Frankfurt menambah 0.6 peratus. Paris ditangguhk­an kerana isu teknikal.

“Saya masih fikir terdapat ruang untuk mengurangk­an kelemahan kerana saya melihat ini sebagai peralihan struktur di pasaran,” kata Kyle Rodda, penganalis­is pasaran di IG Group di Melbourne, kepada Bloomberg Television

Ketakutan mengenai kelembapan ekonomi di Amerika Syarikat terbukti pramatang, tetapi pelabur bimbang bahawa rangsangan daripada potongan cukai (Donald) Trump ‘menyejat’, Alfonso Esparza, Penganalis­is pasaran kanan di OANDA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia