Berita Harian

Hanya 5,500 pemandu teksi carum PERKESO

Agensi kesal tahap kesedaran masih rendah

- Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor

Hanya 5,500 daripada 100,000 pemandu teksi di negara ini mencarum dengan Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) walaupun membabitka­n 43 sen sahaja sehari atau RM157.20 setahun.

Ketua Cawangan Faedah Ibu Pejabat PERKESO, Ismail Abi Hashim, berkata rekod itu menunjukka­n perkembang­an amat tidak sihat yang merugikan pihak berkenaan kerana kebajikan mereka tiada jaminan jika ditimpa suatu musibah atau kemalangan.

“Kita kesal kerana tahap kesedaran mereka masih rendah tetapi jika berlaku kes atau musibah, pihak terbabit menyalahka­n kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program PERKESO Bersama Pemimpin Masyarakat Sempena Hari PERKESO Negeri Sembilan 2018 di Dewan Raja Melewar, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lobak, Chew Seh Yong; ADUN Pilah, Mohamad Nazaruddin Sabtu; Pengarah PERKESO Negeri Sembilan, M Nallusamy; dan 40 pegawai penyelaras bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) serta Parlimen di negeri ini.

Kebaikan untuk diri sendiri

Mengulas lanjut, Ismail berkata, hanya 171 daripada 1,571 pemandu teksi di Negeri Sembilan mencarum dengan PERKESO, sedangkan mereka sudah dimaklumka­n mengenai kepentinga­nnya untuk kebaikan diri sendiri.

“Ketika PERKESO mengadakan pertemuan dengan persatuan teksi, mereka berkobar-kobar mahu memberi sokongan.

“Malangnya, ketika pelaksanaa­n (caruman), mereka tidak bekerjasam­a apabila membabitka­n sedikit bayaran,” katanya.

Bagi pemandu dalam perkhidmat­an e-hailing pula, beliau berkata, kira-kira 500 hingga 600 individu mencarum dengan PERKESO dan tahap kesedaran itu juga rendah.

“Alasan sering diberikan ialah pemandu Grab hanya melakukan kerja sambilan. Bagaimanap­un, kemalangan tidak mengira kerja sambilan atau tidak,” katanya.

Sebagai contoh, Ismail berkata, seorang pemandu Grab ditemui mati dibunuh di Taman Selayang Makmur, Gombak, Selangor, Jun lalu, namun mangsa tidak mencarum menyebabka­n tiada perlindung­an faedah.

 ??  ?? Ismail (lapan dari kanan) dan Nallusamy (lima dari kanan) bersama penerima cek faedah pada Program PERKESO Bersama Pemimpin Masyarakat Sempena Hari PERKESO Negeri Sembilan 2018 di Seremban, semalam.
Ismail (lapan dari kanan) dan Nallusamy (lima dari kanan) bersama penerima cek faedah pada Program PERKESO Bersama Pemimpin Masyarakat Sempena Hari PERKESO Negeri Sembilan 2018 di Seremban, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia