Berita Harian

12 pelajar UMK cedera jeti pelancong runtuh

Penuntut buat kajian berkaitan batu-batan di Langkawi

- Oleh Hamzah Osman cnews@nstp.com.my

Seramai 12 penuntut Universiti Malaysia Kelantan (UMK) cedera, termasuk seorang parah, apabila jeti yang digunakan pelancong di Pulau Anak Tikus, di sini, runtuh, tengah hari semalam. Dalam kejadian pada jam 1.30 tengah hari itu, semua mangsa terbabit dihantar ke Hospital Langkawi untuk rawatan lanjut.

Pelajar UMK itu tiba di Pulau Langkawi untuk membuat kajian berkaitan batu-batan dan berada di jeti berkenaan yang biasanya digunakan pelancong untuk meninjau keindahan pulau ini.

Dua jentera ke lokasi

Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Zamani Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 1.53 tengah hari.

“Sejurus itu, sepasukan lapan anggota bersama dua jentera, termasuk jentera Perkhidmat­an Bantuan Kecemasan Perubatan (EMRS) dikejarkan ke lokasi.

“Pulau Anak Tikus letaknya kirakira lima batu nautika dari Jeti Kilim, iaitu tempat pasukan bomba menerima mangsa, sebelum dihantar ke hospital” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

40 orang ketika kejadian

Zamani berkata, ketika kejadian, difahamkan ada 40 orang di lokasi kejadian, iaitu lima pensyarah dan 35 pelajar UMK, namun 12 daripadany­a cedera dengan seorang parah di bahagian pinggang.

Beliau berkata, operasi menyelamat turut dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Hospital Langkawi, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

 ?? [FOTO IHSAN JBPM] ?? Anggota Bomba dan Penyelamat membawa mangsa yang cedera dalam kejadian jeti runtuh di Pulau Anak Tikus, Langkawi, semalam.
[FOTO IHSAN JBPM] Anggota Bomba dan Penyelamat membawa mangsa yang cedera dalam kejadian jeti runtuh di Pulau Anak Tikus, Langkawi, semalam.
 ??  ?? Keadaan jeti Pulau Anak Tikus yang runtuh di Langkawi, tengah hari semalam.
Keadaan jeti Pulau Anak Tikus yang runtuh di Langkawi, tengah hari semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia