Berita Harian

Lima tokan dadah kecil-kecilan ditahan

-

Segamat: Polis menahan lima individu dan merampas kira-kira 1.2 kilogram (kg) ganja mampat, dalam serbuan di sebuah rumah di Chaah, Labis, dekat sini.

Empat lelaki dan seorang wanita, berusia antara 27 tahun dan 55 tahun itu ditahan dalam serbuan pada jam 1 pagi, Sabtu lalu, oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Daerah Segamat.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superinten­dan Raub Selamat, berkata selain ganja yang dianggarka­n bernilai kira-kira RM12,300 itu, polis turut menyita tiga kenderaan, iaitu kenderaan pelbagai guna (MPV) Vellfire, Proton Perdana dan sebuah lori, dalam serbuan berkenaan.

“Lima suspek yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu juga dipercayai tokan kecil-kecilan di sekitar Segamat dan Chaah,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, di sini, semalam.

Direman tujuh hari

Raub berkata, hasil ujian saringan air kencing, seorang suspek didapati positif dadah Tetra Hydro Cannabinol (THC) dan seorang lagi turut memiliki rekod jenayah bersabit kes mendatangk­an kecederaan lampau mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, semua suspek ditahan reman tujuh hari hingga Jumaat ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 6 serta Seksyen 15(1)(a) akta sama.

Selain ganja bernilai RM12,300 itu, turut disita tiga kenderaan” Raub Selamat, Ketua Polis Daerah Segamat

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia