Berita Harian

AKSEM rampas daun ketum, ubat batuk RM24,200

-

Padang Besar: Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) Perlis merampas daun ketum dan ubat batuk bernilai RM24,200 dipercayai untuk diseludup ke negara jiran, dalam serbuan di sebuah rumah di sini, awal pagi Jumaat lalu.

Komander AKSEM Perlis, Syed Basri Syed Ali, berkata hasil serbuan jam 3 pagi itu bagaimanap­un mendapati tiada sesiapa tinggal di premis terbabit.

Beliau berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan awam mengenai rumah itu disyaki dijadikan transit barangan berkenaan.

Temui 372kg daun ketum

“Selepas menggeleda­h rumah terbabit, pihak kami menemui 372 kilogram (kg) daun ketum dan 700 botol ubat batuk diletakkan di satu sudut bahagian ruang tamu,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Syed Basri berkata, pihaknya turut menunggu di kawasan berdekatan untuk memerhati jika ada kumpulan atau individu ke rumah itu.

“Bagaimanap­un, selepas beberapa jam memerhatik­an rumah itu, tiada individu yang datang mengambil barangan berkenaan.

“Kita percaya rumah itu dijadikan transit sebelum daun ketum dan ubat batuk terbabit diseludup keluar memandangk­an permintaan tinggi di Thailand,” katanya.

Beliau berkata, kes dan barangan rampasan itu diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar, untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia