Berita Harian

BERNAFAS SEMULA

Impak karakter Nayan beri lonjakan baharu dalam kerjaya lakonan Ropie

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Selama 21 tahun berkarya, filem komedi seram, Hantu Kak Limah (HKL) memberi impak besar kepada Ropie atau nama sebenarnya, Zahid Tajuddin. Karakter Nayan dalam filem arahan Mamat Khalid itu membantu namanya untuk lebih dikenali.

Andai sebelum ini, bakatnya sering dipandang sebelah mata, namun populariti HKL melonjakka­n nama bekas anggota kumpulan Cecupak itu meraih pelbagai tawaran. Akuinya, impak filem itu membuatkan dia dihujani pelbagai tawaran hingga tidak menang tangan memenuhiny­a.

“Secara jujur, saya takut melihat impak HKL. Dahulu, saya hanya menerima tawaran untuk watak sampingan, tetapi sekarang saya dilimpahi rezeki yang luas. Alhamdulil­lah, selain tawaran berlakon, saya juga menerima jemputan untuk ditemubual dari pelbagai stesen radio.

“Saya anggap semua itu rezeki. Mungkin ia hanya datang ketika usia saya sudah mencecah 51 tahun, namun saya bersyukur sempat merasai nikmat itu,” katanya.

Ditemui di kediamanny­a di Setia Alam, Selangor, baru-baru ini, Ropie berkata, HKL memberikan warna baharu dalam perjalanan lebih dua dekad sebagai anak seni. Meskipun hanya menjayakan watak pembantu, dia berbangga menjadi sebahagian daripada filem itu.

“Biarlah orang kata saya hanya popular dengan watak sampingan, saya tidak kisah. Tidak semestinya apabila membawa watak utama, bermakna lakonan kita sudah bagus. Berlakon watak pembantu juga bukan bermakna kita sekadar menjadi pelengkap.

“Bagi saya, apa sahaja watak yang diserahkan, kita perlu memberikan yang terbaik untuk mendapat pulangan yang baik,” katanya masih menanti tayangan dua filem arahan Mamat, Amukan Buas Frankenste­in Tempatan dan Manap Karaoke.

Serasi watak komedi

Ropie mengakui, selama berlakon, dia pernah ditawarkan pelbagai watak, namun lebih selesa melakonaka­n karakter komedi.

“Ketika awal pembabitan dalam bidang lakonan, saya sering diberikan watak serius. Antara pengarah yang berani memberikan watak serius kepada saya termasuk Zul Arshad dan Liza Ismail. Mereka mengambil risiko dengan mencungkil sisi berbeza dalam lakonan saya.

“Lagipun, ketika itu, saya baru bertapak sebagai pelakon. Sekarang, memang tiada lagi pengarah yang berani memberikan saya watak serius. Mengenangk­annya, saya teringat kepada Ebby Yus yang sudah tidak lagi menerima watak serius garagara sudah serasi dengan watak komedi.

“Ada produksi memberitah­u, rugi menawarkan watak serius kerana penghayata­n saya lebih serasi dengan karakter komedi. Secara peribadi, saya lebih gemar membawakan watak komedi kerana ia jiwa saya,” katanya.

Ropie berkata, dia tidak kisah dikenali sebagai pelakon komedi kerana memang bercita-cita mahu menjadi pelawak.

Biarlah orang kata saya hanya popular dengan watak sampingan, saya tidak kisah. Tidak semestinya apabila membawa watak utama, bermakna lakonan kita sudah bagus. Berlakon watak pembantu juga bukan bermakna kita sekadar menjadi pelengkap”

“Sebelum menjadi artis, saya pernah ada dua impian. Pertama, saya mahu menjadi pelawak dan kedua, mempunyai nama samaran yang popular. Saya begitu mengagumi Imuda, malah sering berangan-angan untuk menjadi sepertinya.

“Ketika sitkom Pi Mai Pi Mai

Tang Tu popular, ramai yang memanggiln­ya dengan nama Budin. Apabila membintang­i 2+1, dia dikenali dengan panggilan Sam. Alhamdulil­lah, saya akhirnya meraih peluang untuk merasai semua itu, tuah nama Ropie,” katanya.

Dugaan untuk bertahan

Bagi generasi muda, Ropie mungkin lebih dikenali sebagai Pak Kodi menerusi sitkom Jenaka Kampung Kalut (JKK), namun katanya, dia lebih serasi dengan panggilan Ropie.

Katanya, nama itu tercetus ketika dia membintang­i sitkom, Cecupak di TV3.

“Dalam sitkom itu, saya menampilka­n karakter sebagai pemuda yang gemar melipat lengan baju dan berjambul, seperti samseng zaman dahulu. Berkat nama itu juga, kerjaya masih bertahan sehingga hari ini,” katanya.

Namun kata Ropie, perjalanan hidup sebagai anak seni tidak sentiasa cerah. Dia juga pernah melalui zaman kejatuhan apabila kumpulan Cecupak dibubarkan.

“Ketika itu, populariti kumpulan Senario sedang memuncak. Sukar untuk kami bertahan. Namun, saya bernasib baik kerana tawaran masih ada. Pernah juga saya meminta kerja sebagai jurujual, tetapi belum sempat memulakann­ya, saya mendapat tawaran sebuah produksi.

“Sejak usia 30 tahun, saya memang tiada kerja lain kecuali berlakon. Syukur rezeki saya dalam bidang ini sentiasa ada, biarpun tidak besar,” katanya.

Pegang nasihat pelakon lama

Ropie memegang nasihat Allahyarha­m Datuk Aziz Sattar dan Allahyarha­m Zami Ismail supaya menjaga disiplin sekiranya mahu bertahan dalam bidang ini.

“Kalau berlakon tidak bagus, tidak mengapa kerana ia boleh diasah. Tetapi kalau tidak menepati masa, diri kita yang bermasalah. Nasihat saya kepada bakat baharu, tidak kira pelakon, penyanyi atau pelawak, jaga disiplin dan tepati masa.

“Jangan sombong dengan orang. Setiap kali datang ke set penggambar­an, kalau boleh tegur semua orang. Jangan memilih hanya orang tertentu untuk bertegur sapa. Tidak salah kita merendah diri, malah ia memudahkan lagi kerja,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Ropie kini sedang hangat dengan sitkom JKK. Ropie berkata, dia tidak menyangka sitkom yang ditayangka­n menerusi TV3 itu masih bertahan, malah berbangga dikenali penonton sebagai Pak Kodi.

“Saya sudah berlakon banyak sitkom, tetapi banyak yang hanya bertahan setakat tiga musim. Saya tidak sangka sitkom ini boleh pergi jauh. Syukur rezeki saya masih panjang dalam bidang ini,” katanya yang turut menerima tawaran berlakon filem daripada Bell Ngasri.

 ??  ??
 ??  ?? Ropie
Ropie
 ??  ?? Bersama barisan pelakon dan tenaga produksi Hantu Kak Limah.
Bersama barisan pelakon dan tenaga produksi Hantu Kak Limah.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Hantu Kak Limah naikkan semula populariti Ropie.
Hantu Kak Limah naikkan semula populariti Ropie.
 ??  ?? Ropie turut membintang­i sitkom JKK.
Ropie turut membintang­i sitkom JKK.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia