Berita Harian

Dayang belum menyerah

Sedia teruskan perjuangan di pentas AJL selagi bakat, karya diterima

- Oleh Muhamad Fairoz Azizan

Setiap kali melangkahk­an kaki ke pentas Separuh Akhir Muzik Muzik (MM), figura ini pasti menjadi perhatian peminat yang meramalkan laluan mudahnya untuk menempa tempat pada kemuncak Anugerah Juara Lagu (AJL).

Memulakan kembali langkah di pentas berprestij itu menerusi lagu Di Pintu Syurga pada kemuncak AJL29 pada 2014, percubaan itu membuahkan hasil apabila dia meraih tempat ketiga, selain dinobatkan sebagai penerima trofi Vokal Terbaik.

Sejak itu, namanya tidak pernah tercicir dalam acara muzik tahunan berprestij itu. Kehadiran Dayang Nurfaizah dilihat memberi persaingan hebat kepada calon lain, apatah lagi ketika itu, AJL menyaksika­n kemaraan bakat baharu menguasai acara kemuncak.

Dayang seterusnya membolosi AJL30 mempertaru­hkan lagu Tak

Pernah Menyerah yang menyaksika­n dia kembali mengunggul­i trofi Vokal Terbaik.

Kembali mempertaha­nkan trofi yang sama pada AJL31, Lelaki

Teragung melakar kejayaan paling manis apabila anak kelahiran Kuching, Sarawak itu buat kali pertama mengunggul­i AJL.

Terus mencuba menerusi Separuh Matiku Bercinta pada AJL32, namun hampa apabila gagal membawa pulang sebarang kemenangan, ia bukan alasan penyanyi berusia 37 tahun itu untuk terus menyerah.

Nama yang dianggap sebati dengan MM dan AJL itu masih mahu mempertaru­hkan bakat serta karya yang dibawanya selagi diterima peminat.

Lunas amanah pengkarya

“AJL adalah anugerah untuk pengkarya iaitu komposer dan penulis lirik yang bertungkus­lumus menghasilk­an sentuhan terbaik. Tugas saya hanya menyampaik­an amanah yang diberikan dengan baik.

“Selagi diterima dalam industri dan orang mahu melihat saya berjuang di pentas AJL, saya akan terus berusaha memberikan yang terbaik.

“Mungkin ramai yang lupa, saya hanya muncul kembali di pentas AJL pada 2014, selepas kali terakhir bersaing pada AJL19 menerusi lagu Erti Hidup.

“Jarak 10 tahun itu agak lama dan banyak yang saya lalui dalam mencari kematangan sebagai penyanyi. Apabila dipilih semula, saya anggap ia sebagai rezeki. Mengapa harus saya tolak rezeki yang datang?,” katanya.

Selagi diterima dalam industri dan orang mahu melihat saya berjuang di pentas AJL, saya akan terus berusaha memberikan yang terbaik” Dayang Nurfaizah

Mengakui menghormat­i pendirian beberapa artis yang mengambil keputusan untuk tidak lagi menyertai pertanding­an itu selepas meraih kejayaan, Dayang bagaimanap­un, berpendapa­t tidak ada keperluan untuk dia berbuat demikian.

Bersyukur bakatnya masih diterima dan menjadi perhatian peminat industri muzik, penyanyi yang mendaki populariti menerusi lagu

Seandainya Masih Ada Cinta itu tidak ralat dan sedih sekiranya nanti dia tidak lagi layak ke pentas AJL.

“Semua orang ada kelebihan dan saya tidak akan berputus asa andai tidak layak ke pentas final. Semua itu adat pertanding­an dan saya terima dengan hati yang terbuka.

“Saya pernah berada di bawah, menapak semula sebelum menggapai satu demi kejayaan di pentas AJL. Jika nanti rezeki tidak lagi menyebelah­i, saya tidak perlu berputus asa.

“Ia tidak menjadikan saya lemah sehingga mengambil keputusan untuk tidak lagi menyertai pertanding­an ini. Saya hanya membawa amanah pengkarya. Jika tidak terpilih, saya anggap itu bukan rezeki. Saya tidak perlu bersedih kerana apa juga yang berlaku, saya tetap akan berusaha menjalani hidup sama seperti insan lain,” katanya.

Jika sebelum ini Dayang bersaing dengan generasi baharu yang meletakkan dirinya sebagai penyanyi yang berpotensi untuk pulang dengan kejayaan, namun Separuh Akhir MM33 yang akan memulakan cabarannya pada 9 November ini menyaksika­n Dayang kembali bertarung dengan rakan seangkatan­nya.

Semakin hangat dengan kehadiran penyanyi berwibawa seperti Siti Sarah, Misha Omar dan Liza Hanim, persaingan Separuh Akhir MM33 semakin sengit dengan pertembung­an bakat antara artis senior dan baharu yang bakal menyemarak­kan kemuncak AJL33.

“Saya seronok bila dapat kongsi pentas pertanding­an dengan rakan lama. Kalau sebelum ini, saya dianggap sebagai penyanyi paling senior yang masih bersaing di pentas itu, kali ini saya tidak bersendiri­an kerana mereka juga ada bersama.

“Kehadiran mereka membuatkan saya lebih bersemanga­t untuk bertanding. Saya gembira melihat teman seangkatan kembali memeriahka­n industri muzik. Setiap mereka mempunyai keistimewa­an masing-masing, malah membuatkan pentas pertanding­an ini lebih menarik dengan gabungan penyanyi pelbagai generasi,” katanya.

Sukar ramal peluang

Mempertaru­hkan tiga lagu, Dia ciptaan sepenuhnya Omar K, Ezra Kong dan Hael Husaini; Layarlah Kembali (Aubrey Suwito dan Ad Samad) dan duet bersama Hael, Haram (Hael dan Ezra Kong), Dayang sukar untuk memberi bayangan lagu mana yang diyakini mempunyai potensi besar untuk mara ke kemuncak AJL33.

Tidak ralat sekiranya ketigatiga lagu gagal menyerlah, Dayang berkata, dia tetap berpuas hati kerana masih mampu bersaing pada Separuh Akhir MM33.

“Saya agak gementar dan bimbang gagal memberikan persembaha­n terbaik kerana setiap lagu mempunyai kekuatan tersendiri. Saya akui, lagu Layarlah Kembali agak mencabar dan susah untuk dinyanyika­n.

“Saya akan berlaku adil kepada ketiga-tiga lagu dengan berusaha memberikan persembaha­n yang terbaik, tetapi saya tidak perlu malu jika tidak terpilih.

“Adat dalam industri hiburan, pasti akan ada turun dan naik. Saya anggap setiap pertanding­an membuka ruang untuk saya meneroka perkara baharu untuk disajikan kepada peminat.

“Pertanding­an seperti ini juga menjadi medan untuk saya mengkaji dan mengukur kekurangan yang perlu diperbaiki supaya saya dapat terus mencipta kelainan dalam karya akan datang,” katanya.

Kehadiran mereka membuatkan saya lebih bersemanga­t untuk bertanding. Saya gembira melihat teman seangkatan kembali memeriahka­n industri muzik. Setiap mereka mempunyai keistimewa­an masing-masing”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia