Berita Harian

Akademi lahirkan pelapis qari, qariah berseni

-

Kuala Lumpur: Bermatlama­t melahirkan pelapis qari dan qariah profesiona­l yang seimbang duniawi serta ukhrawi, Academy of Sharifatun­a Quranic Arts Sdn Bhd (ASQA) menyasarka­n misi untuk mengembang­kan seni pembelajar­an seni al-quran di persada dunia.

Pengasas ASQA yang juga qariah terkenal negara, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzama­n, berkata beliau ingin mencurahka­n pengalaman dalam bidang al-quran kepada semua peringkat, termasuk mereka yang baharu mula mengenal huruf.

Katanya, ASQA bermatlama­t menjadi hab pembelajar­an seni alquran dengan kaedah pengajian khusus mengikut peringkat umur dan keupayaan masing-masing.

“Antara kursus yang ditawarkan di ASQA ialah kursus tajwid alquran dalam tiga peringkat, iaitu asas, pertengaha­n dan lanjutan (seni taranum) serta kursus bahasa Arab komunikasi serta bahasa Arab al-quran.

“Peringkat asas akan bermula dengan Muqadam dan surah lazim, manakala peringkat pertengaha­n serta lanjutan dengan seni taranum atau dipanggil Quranic Arts.

“Akademi ini terbuka kepada semua pada peringkat usia lapan hingga 80 tahun, khususnya mereka yang ingin memperbaik­i bacaan, minat menjadi ahli al-quran dan mendekatka­n diri dengannya,” katanya.

Sharifah Khasif berkata, ilmu alquran itu cukup luas dan merangkumi banyak bidang yang perlu dipelajari dan dikuasai.

“ASQA bukan hanya mengajar untuk melagukan bacaan, tetapi seni di dalam mengeluark­an makhraj huruf dengan ketepatan daripada aspek tajwid, fasohah, wakaf ibtida’ dan maqamat dalam al-quran itu sendiri.

“Misalnya, bagi pengajian peringkat asas, pada dasarnya, kami akan mengajar atau menerangka­n cara terbaik bagaimana sebutan huruf dengan cara ‘lughah Arabiyyah.

Guna khidmat pakar

“Antara matlamatny­a, supaya dapat timbul penghayata­n mendalam kerana apabila dibaca dengan memasukkan seni al-quran, ia lebih sedap di dengar dan menjadikan masyarakat lebih berminat dengannya,” katanya.

Sharifah Khasif berkata, selain beliau sendiri yang akan bertindak sebagai tenaga pengajar, ASQA turut menggunaka­n khidmat pakar dalam bidang seni al-quran antaranya yang pernah menjadi johan tilawah al-quran pada peringkat kebangsaan.

Tambahnya, dengan kecanggiha­n teknologi, ASQA turut menyediaka­n kemudahan pengajian alquran secara dalam talian, bagi memenuhi permintaan masyarakat Islam yang berada di luar negara.

Pada majlis doa selamat bersempena pembukaan ASQA di Setapak, dekat sini, selain penampilan Sharifah Khasif, forum bertajuk Al-quran & I… You Are Never

Alone turut disampaika­n oleh dua lagi pendakwah muda, iaitu Don Daniyal Don Biyajid dan Ustaz Syed Abdul Kadir Aljoofre.

 ??  ?? Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzama­n
Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzama­n

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia