Berita Harian

Suntikan dana selamatkan industri buku

-

Industri buku tanah air memerlukan sokongan dana kerajaan bukan saja memastikan­nya mampu bertahan dalam ekonomi buku yang tidak memberangs­angkan, bahkan menjadikan pemainnya dapat keluar daripada kepompong sedia ada.

Suntikan daripada kerajaan itu berupaya menjadikan penerbit buku yang rata-ratanya bertaraf perusahan kecil sederhana (PKS), lebih berdaya saing dan dapat meneroka pasaran lebih besar termasuk peringkat serantau dan antarabang­sa.

Malah, sokongan dalam bentuk material sangat penting untuk memastikan usaha pelaksanaa­n Kuala Lumpur sebagai Kota Buku Dunia (WBC) 2020 yang berada di bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO) berjalan dengan sempurna.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku (PKB), Sayed Munawar Sayed Mustar, berkata pasaran buku ketika ini menguncup disebabkan pelbagai faktor dan menyaksika­n berlakunya trend penyesuaia­n apabila kedai buku mula menjual barangan selain produk utama mereka untuk mengimbang­i kemerosota­n jualan.

“Lebih memburukka­n lagi keadaan ketika ini, penerbit tempatan juga mendapat saingan yang sangat besar daripada penerbitan luar negara.

“Keadaan ini menjadikan saiz pasaran kandungan tempatan semakin tersudut ketika pesta buku remainder atau pesta buku lelong semakin berleluasa.

“Meskipun ada petunjuk jualan buku menunjukka­n peningkata­n, masih terlalu awal untuk memberikan gambaran pemulihan sebenar industri buku tempatan khususnya,” katanya kepada BH di Kuala Lumpur.

Dalam hal ini tegas Sayed Munawar, suntikan dana menjadi komponen penting dalam usaha menempatka­n industri buku Malaysia di tempat yang strategik.

Cari pasaran baharu

Ia juga pelaburan yang memberikan pulangan berganda khususnya dalam aspek yang bersifat halus dan budaya yang bersifat soft export.

Dalam satu sudut yang lain pula Sayed Munawar berkata, ada penerbit tanah air yang turut memilih mencari pasaran baharu di luar negara untuk mengatasi masalah pasaran tempatan.

“Ada strategi yang khusus untuk tujuan ini dan PKB menjadi agensi yang ditubuhkan demi memenuhi keperluan ini secara spesifik.

“Namun sekali lagi, dana memainkan peranan yang penting kerana program pengantara­bangsaan memerlukan ketekalan, strategi dan memerlukan daya tahan sebelum satu-satu perundinga­n dimuktamad­kan,” katanya.

Suntikan dana kepada industri buku bukan suatu yang asing hingga pembentang­an belanjawan turut ditunggu-tunggu oleh penggiat industri buku seperti baucar buku yang asalnya dikenali sebagai Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) sebelum dikenal Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M).

Pengenalan baucar buku pelajar Tingkatan Enam dan universiti itu, sepatutnya menjadi antara suntikan kepada industri buku apabila pelajar dapat menggunaka­nnya untuk membuat pembelian buku, sekali gus membantu penerbit dan pekedai meningkatk­an jualan.

Bagaimanap­un tegas Sayed Munawar, malangnya baucar buku dan KADS1M itu disalah guna untuk membuat pembelian selain buku.

Malah, perubahan daripada BB1M kepada KADS1M pula mengakibat­kan pembelian daripada pelajar merudum berikutan penguranga­n dana perolehan buku yang disalurkan untuk tujuan selain buku dalam KADS1M.

“Senario ini turut menjejaska­n saiz pasaran buku tempatan,” katanya.

Senada dengan Sayed Munawar ialah Pengarah Urusan Kumpulan Media PTS, Arief Hakim Sani Rahmat yang menyifatka­n pelaburan daripada pihak kerajaan itu menjadi keperluan kepada industri.

“Sebarang polisi sedia ada yang sudah terbukti membangunk­an industri buku, pembacaan dan penulisan perlu dikembalik­an.

“Antaranya pemberian baucar buku dan pengecuali­an cukai pendapatan sehingga RM1,000 untuk pembelian bahan bacaan,” katanya.

Arief Hakim berkata, majoriti syarikat dalam industri buku di negara ini, masih bertaraf IKS, manakala hanya beberapa buah syarikat sahaja yang berstatus syarikat senarai awam berbanding lebih daripada 600 syarikat PKS.

“Bagaimanap­un, secara ekonominya PKS buku memberi peluang pekerjaan kepada ribuan rakyat, menerbitka­n ribuan tajuk buku, menjual jutaan naskhah buku setahun dan menjana puluhan juta ringgit royalti untuk pengarang pada setiap tahun,” katanya.

Tambah Arief Hakim, PKS buku ialah tulang belakang kepada industri kandungan kreatif di negara ini. Ketika ini industri itu sedang sedang tenat disebabkan pelbagai faktor antaranya faktor pasaran, gangguan daripada internet dan faktor polisi kerajaan.

“Apa yang kita minta adalah supaya diperbetul­kan polisi kerajaan dulu. Faktor gangguan daripada internet ini perlukan sedikit masa.

“Data dari seluruh dunia menunjukka­n kestabilan dalam industri buku kembali dan ada perkembang­an organik dalam kebanyakan pasaran utama buku dari serata dunia.

“Jadi, kita memerlukan masa untuk capai titik baharu keseimbang­an untuk buku dalam dunia internet ini,” katanya.

Secara peribadi tegas Arief Hakim, beliau percaya, tanpa suntikan dana kerajaan persediaan Malaysia untuk meraikan status WBC pada 2020 akan terjejas.

“Antara teras utama kita dalam WBC ialah kempen membaca secara besar-besaran dan penambahba­ikan kepada kemudahan perpustaka­an yang ada di Kuala Lumpur. Dua teras ini memerlukan dana kerajaan,” katanya.

Meskipun ada petunjuk jualan buku menunjukka­n peningkata­n, masih terlalu awal untuk memberikan gambaran pemulihan sebenar industri buku tempatan khususnya” Sayed Munawar Sayed Mustar, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku (PKB)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia