Berita Harian

Buku menentang senjata kempen pilihan raya Brazil

-

Kuala Lumpur: Meskipun bekas tentera, Jair Bolsonaro diumumkan sebagai Presiden Brazil yang baharu menggantik­an Michel Temer, sesi kempen buku lawan senjata yang berlangsun­g antara penyokongn­ya dan sebahagian warga Brazil menarik perhatian.

Pada kempen bermula 7 Oktober dan berakhir 28 Oktober lalu, sebahagian warga Brazil memulakan trend kempen di media sosial dengan memuat naik imej mereka dengan buku. Ia dimulakan sebagai jawapan balas kepada penyokong Bolsonaro yang memuat naik imej dengan senjata api.

Antara judul buku yang dipilih termasukla­h 1984, Bagaimana Demokrasi Mati dan Cara Berbincang

dengan seorang Fasis - kumpulan ini berkempen menentang Bolsonaro dengan tanda pagar #Livrosim dan #Armanao (Booksyes, Gunsno) yang menjadi topik trending ketika kempen Pilihanray­a Presiden Brazil minggu lalu.

“Saya membawa buku ini bersama ketika mengundi. Bagaimana dengan anda”, seorang netizen, Eliane Brum memuat naik imejnya dengan buku Dehumaniza­tion tulisan pengarang Portugis, Valter Hugo di Facebook.

Bawa buku ketika mengundi

“Saya membawa dua naskhah pergi mengundi,” seorang lagi pengundi memuat naik imej The Importance of the Act of Reading, tulisan sarjana Brazil, Paulo Freire dan buku pengarang Portugal, Jose Saramago.

Idea kempen buku menentang senjata itu dibuat sebagai sokongan kepada pesaing Bolsonaro, Fernando Haddad, sarjana sarjana undang-undang, ekonomi dan falsafah yang sebelum ini Menteri Pendidikan pada zaman pemerintah­an bekas Presiden, Luiz Inacio Lula da Silva.

Ia juga kempen halus menentang retorik politik digunakan Bolsonaro yang ada kalanya dilihat sebagai ganas. Antaranya Bolsonaro berikrar membersihk­an Brazil daripada puak kiri, malah pernah menyebut seorang Ahli Parlimen wanita, Maria do Rosario yang menentangn­ya adalah ‘tidak bernilai untuk dirogol’.

Do Rosario, dari Parti Buruh Haddad turut memuat naik imej swafotonya dengan buku bertajuk Brazil: Never Again, yang merakamkan pengalaman pemerintah­an diktator di Brazil antara 1964-1985.

Bolsonaro yang digelar ‘Trump Tropika’ berjanji melonggark­an undang-undang kawalan senjata supaya ‘orang baik’ dapat mengambil keadilan di tangan sendiri, di negara yang dikenali dengan aktiviti kejahatan.

 ??  ?? Bolsonaro digelar Trump Tropika turut mengeluark­an kenyataan kurang mesra terhadap wanita dan orang kulit hitam ketika kempen.
Bolsonaro digelar Trump Tropika turut mengeluark­an kenyataan kurang mesra terhadap wanita dan orang kulit hitam ketika kempen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia