Berita Harian

Persatuan pengguna gesa larangan merokok sejak 70-an

-

Kementeria­n Kesihatan akan mula menguatkua­sakan larangan merokok di semua kedai makan pada 1 Januari depan. Justeru, walaupun ada yang melihat pelaksanaa­nnya agak terlambat, ramai yang memuji biarpun ada yang mempertika­i dan menentangn­ya.

Malaysia memulakan larangan merokok pada 1980-an selepas didesak persatuan pengguna sejak 70-an lagi. Ia bermula dengan surat pekeliling kerajaan yang mengenakan larangan merokok kepada semua kakitangan dan pengunjung ke pejabat kerajaan. Tindakan disiplin dikenakan terhadap kakitangan yang ingkar.

Di bawah Akta Makanan 1983, Peraturan-peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dikuatkuas­akan sebagai usaha lebih terancang untuk mengawal tabiat merokok di tempat awam.

Naikkan cukai

Hingga kini, lebih 20 kawasan larangan merokok dikuatkuas­akan di bawah peraturan itu, selain larangan terhadap semua bentuk iklan, promosi, tajaan produk tembakau, penetapan harga minimum, menaikkan cukai, gambar ngeri pada kotak rokok, larangan jualan rokok batang, larangan ke atas jualan oleh dan kepada orang bawah umur serta larangan jualan kotak 10 batang ke bawah.

Awalnya kadar tabiat merokok dapat dikurangka­n malangnya, akhir-akhir ini kejayaan bagi menurunkan tabit merokok semakin mencabar.

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan sejak 1986 merekodkan tabiat merokok dalam kalangan penduduk kekal sekitar 23 peratus dalam tempoh 30 tahun.

Tinjauan rambang di institusi awam seperti hospital, sekolah, universiti dan pejabat kerajaan mendapati masih ramai kakitangan kanan kerajaan ialah perokok tegar.

Walaupun larangan merokok sudah bermula sejak 1980-an, kebanyakan kakitangan baru dalam perkhidmat­an seperti ‘dibenarkan’ merokok.

Sekurang-kurangnya 20,000 kematian dicatatkan setahun atau 55 orang setiap hari, akibat terdedah kepada asap rokok. Malah ada di antara perokok tidak menyedari mereka menghidapi penyakit kronik kerana kebanyakan­nya berlaku dalam jangka panjang.

Selain merana kesakitan, mereka juga terpaksa menanggung kos rawatan yang tinggi sehingga membebanka­n keluarga selain turut kehilangan pekerjaan, manakala anak hilang ibu dan ayah.

Biarpun pelbagai peraturan larangan merokok ditetapkan, sehingga kini didapati pematuhan terhadapny­a masih lemah disebabkan sikap masyarakat yang tidak pernah memandang serius terhadap bahaya asap rokok.

Sekurang-kurangnya 20,000 kematian dicatatkan setahun atau 55 orang setiap hari, akibat terdedah kepada asap rokok. Malah ada di antara perokok tidak menyedari mereka menghidapi penyakit kronik kerana kebanyakan­nya berlaku dalam jangka panjang”

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Hingga kini lebih 20 kawasan larangan merokok dikuatkuas­akan.
[FOTO HIASAN] Hingga kini lebih 20 kawasan larangan merokok dikuatkuas­akan.
 ??  ??
 ??  ?? Keratan akhbar BH mengenai isu rokok.
Keratan akhbar BH mengenai isu rokok.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia