Berita Harian

‘Sesuatu tak kena selepas dua minit penerbanga­n’

Penyiasat cari kotak hitam kenal pasti punca nahas

-

Penyiasat kini memberi keutamaan mencari perakam kokpit dan perakam data penerbanga­n pesawat Lion Air JT610 bagi membantu mengenal pasti punca nahas, kata pakar keselamata­n.

Juruterban­g meminta kebenaran untuk berpatah balik sebelum terputus hubungan dengan pengawal trafik udara (ATC), menurut jurucakap pihak berkuasa udara Indonesia.

Data daripada perkhidmat­an pengesanan penerbanga­n FlightRada­r24 menunjukka­n tanda pertama sesuatu tidak kena berlaku kira-kira dua minit selepas penerbanga­n apabila pesawat mencapai ketinggian 2,000 kaki (609.6 meter).

Kedalaman air cetek

Pada ketika itu, ia menurun lebih 500 kaki (152.4 meter) dan melencong ke kiri sebelum naik semula ke ketinggian 5,000 kaki (1,524 meter) dan kekal sepanjang penerbanga­n.

Ia mula memecut pada saat akhir dan mencapai kelajuan 345 knot (638.91 kilometer sejam) sebelum data hilang apabila ia berada pada ketinggian 3,650 kaki (1,112.52 meter).

Pengarah Urusan Flightglob­al Asia Greg Waldron berkata, oleh kerana keadaan pesawat terjunam pada kedalaman air cetek, pencarian kotak hitam sepatutnya lebih mudah berbanding pada nahas di laut dalam membabitka­n pesawat Airasia Indonesia QZ8501 pada 2014 dan Air France penerbanga­n 447 pada 2009.

Menurut Rangkaian Keselamata­n Penerbanga­n Yayasan Keselamata­n Penerbanga­n, Lion Air yang diasaskan pada 1999 mencatat hanya satu nahas membawa maut apabila pesawatnya, MD-82 terhempas ketika mendarat di Solo pada 2004, mengorbank­an 25 daripada 163 penumpang di dalamnya.

Bagaimanap­un, enam pesawat Lion Air lain termasuk satu yang terhempas ketika mendarat di Bali pada 2013, rosak teruk dalam pelbagai kemalangan, menurut Rangkaian Keselamata­n Penerbanga­n.

Keluar senarai hitam

Lion Air dikeluarka­n daripada senarai hitam keselamata­n udara Kesatuan Eropah (EU) pada Jun 2016.

Pesawat JT610 Lion Air adalah nahas pertama di dunia jenis 737 MAX buatan Boeing Co, versi jimat minyak yang diperkenal­kan dalam perkhidmat­an komersial tahun lalu.

Jenis 737 MAX 8 menggunaka­n enjin LEAP-1B dikeluarka­n CFM Internatio­nal, kerja sama antara General Electric Co dan Safran SA.

Lion Air, menerusi anak syarikatny­a di Malaysia, Malindo Air, adalah syarikat penerbanga­n pertama di peringkat global menerima penghantar­an pesawat 737 MAX tahun lalu.

Pesawat terhempas semalam dihantar Ogos lalu dan memiliki 800 jam penerbanga­n, kata Lion Air.

 ?? [ FOTO EPA ] ??
[ FOTO EPA ]

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia