Berita Harian

Australia larang pegawai kerajaan guna Lion Air

-

Canberra: Australia mengeluark­an arahan menasihatk­an pegawai dan kakitangan kerajaan negara itu supaya tidak menggunaka­n perkhidmat­an Lion Air susulan nahas membabitka­n pesawat JT610 pagi semalam ketika dalam penerbanga­n dari Jakarta ke Pangkal Pinang di Bangka Belitung.

“Susulan nahas pesawat Lion Air pada 29 Oktober 2018 (semalam), pegawai kerajaan Australia dan kontraktor diarah tidak menaiki penerbanga­n syarikat itu.

“Keputusan akan dinilai semula apabila siasatan berhubung kemalangan itu sudah jelas,” menurut kenyataan di laman web Jabatan Hal Ehwal Luar dan Perdaganga­n Australia.

Pengawal trafik udara hilang hubungan dengan penerbanga­n JT610 Lion Air pada jam 6.33 pagi semalam, sejurus pesawat berlepas jam 6.20 pagi dari Lapangan Terbang Antarabang­sa Soekarno-hatta di Jakarta, ibu kota Indonesia.

Pesawat itu, yang membawa dua juruterban­g, enam kru dan 181 penumpang termasuk tiga kanak-kanak, terhempas di Laut Jawa, tujuh batu nautika ke utara pantai Tanjung Bungin di Karawang, Jawa Barat.

Pasukan mencari dan menyelamat dihantar ke lokasi kejadian.

Antara penumpang ialah pegawai pelbagai kementeria­n, termasuk Kementeria­n Kewangan.

Menteri sedih

Menterinya, Sri Mulyani Indrawati jelas sedih ketika melawat pejabat Agensi Mencari dan Menyelamat Kebangsaan (Basarnas) di Jakarta.

Sri Mulyani berkata, 20 kakitangan dalam pesawat itu dalam perjalanan pulang ke pejabat mereka di Pangkal Pinang selepas menghabisk­an masa bersama keluarga atau menghadiri ulang tahun ke-72 Hari Mata Wang di Jakarta hujung minggu lalu.

“Saya amat sedih dengan nasib menimpa kakitangan Kementeria­n Kewangan,” katanya.

Selain itu, seorang pegawai Kementeria­n Alam Sekitar dan Perhutanan dan empat dari Kementeria­n Tenaga dan Sumber Mineral berada dalam pesawat berkenaan.

Laporan juga menyatakan, pegawai dari Agensi Audit Agung (BPK) dan majlis perundanga­n Bangka-belitung, turut tersenarai sebagai penumpang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia